Cetak
MPKj S153/2019

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Untuk Pejabat Majlis Perbandaran Kajang, Zon Bangi (1 Tahun + 1 Tahun)

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S153/2019
Tarikh Iklan 15 Oct 2019 - 30 Oct 2019
Tarikh Jual 16 Oct 2019 - 30 Oct 2019
Tarikh Tutup 30 Oct 2019
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 6A, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT KHAS

i)       Memiliki lesen senjata api dan peluru dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masih dalam tempoh sah laku

-       Lampirkan bersama salinan sijil

ii)      Berdaftar sebagai Ahli Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PPKKM) dan masih dalam tempoh sah laku

-       Lampirkan bersama salinan sijil

iii)     Memiliki lesen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjalankan urusan Agensi Persendirian

-       Lampirkan bersama salinan sijil

iv)     Anggota pengawal keselamatan perlu mengikuti program Latihan Certified Security Guard (CSG) kelolaan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM)

-       Keutamaan akan diberi kepada Petender yang memiliki sijil individu tersebut

 

DOKUMEN TAWARAN

Dokumen Tawaran boleh disemak pada waktu pejabat di Kaunter Bahagian Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 6A, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Bekalan dan Perolehan di talian 03-87368017 sambungan 7022, 7011, 7200, 7023 dan 7014.

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara On-line di lawan sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

 

Pembelian Dokumen Tawaran secara On-line diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

 

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 16HB. OKTOBER 2019 HINGGA 30HB OKTOBER 2019. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

 

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 6A, Majlis Perbandaran Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 30HB. OKTOBER 2019 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 220801 PERKHIDMATAN > PERTAHANAN DAN KESELAMATAN > KAWALAN KESELAMATAN (PERLU LESEN KDN)

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis