Cetak
MPKj S69/2020

Kerja-Kerja Mengecat Pangsapuri Seri Permai, Kampung Baru Semenyih, Semenyih.

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKj S69/2020
Tarikh Iklan 30 Apr 2020 - 19 May 2020
Tarikh Jual 4 May 2020 - 19 May 2020
Tarikh Tutup 19 May 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut:

DOKUMEN MEJA TERKAWAL

 

 

Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my

 

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

 

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

 

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

 

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 4HB. MEI 2020 HINGGA SATU (1) MINGGU SELEPAS TARIKH TAMAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

 

 

 

TARIKH PENYERAHAN

 

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA SATU (1) MINGGU SELEPAS TARIKH TAMAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) JAM 12.00 TENGAHARI.

 

 

 

LAWATAN TAPAK

 

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

 

Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G2) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM500,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
S69/2020-Dokumen Meja Terkawal (Untuk Rujukan Sahaja) 1.86 MB application/pdf Muat Turun