Cetak
MPKJ SB6/2020

Perkhidmatan Pembersihan Parit Monsun Dari Jalan Bahagia 10 Melalui Jalan Bahagia 28, Taman Sri Bahagia Cheras

Pegawai Bertanggungjawab
Nama Dya Diyana Bt Mawardi
E-mel dyadiyana@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Sebut Harga MPKJ SB6/2020
Tarikh Iklan 19 Jun 2020 - 25 Jun 2020
Tarikh Jual 22 Jun 2020 - 25 Jun 2020
Tarikh Tutup 25 Jun 2020
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor / syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja / perkhidmatan / bekalan berikut.


DOKUMEN MEJA TERKAWAL

Dokumen Meja Terkawal boleh disemak di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my

 

Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

 

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

 

Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian diwajibkan melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

 

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 22HB. JUN 2020 HINGGA 25HB JUN 2020. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

 

 

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dihantar secara serahan tangan / pos di kaunter di Bahagian Bekalan Dan Perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kajang, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan SEBELUM atau PADA 25HB. JUN 2020 (KHAMIS) JAM 5.00 PETANG. Sila patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa menghantar dokumen tawaran seperti memastikan penjarakan sosial dipatuhi dan tidak dibenarkan menghantar dokumen tawaran secara berkumpulan.

 

 

LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak adalah tidak diwajibkan. Namun begitu, Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.

 

Dalam hal ini, sekiranya Penyebutharga mahu melawat sendiri kawasan atau tapak berkenaan, amalan penjarakkan, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian ‘face mask’ perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 221002 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > MEMBERSIH KAWASAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
MPKj SB6/2020-Untuk Rujukan Sahaja 3.47 MB application/pdf Muat Turun