Cetak
MPKj T30/2023

KERJA PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PENCEGAHAN DAN KAWALAN DEMAM DENGGI MENGGUNAKAN KAEDAH 'MISTAWAY' DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN KAJANG TAHUN 2024

Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama SITI SARAHNIZA BINTI ZAINOL Nama MUHAMAD AIDIL FAIZIN BIN MOHD MAZNI
E-mel sarahniza@mpkj.gov.my E-mel aidilfaizin@mpkj.gov.my
No. Tel 03-87377899 No. Tel 03-87377899
Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN Jabatan BAHAGIAN PENGURUSAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Majlis Perbandaran Kajang
No. Tender MPKj T30/2023
Tarikh Iklan 13 Dec 2023 - 5 Jan 2024
Tarikh Jual 15 Dec 2023 - 5 Jan 2024
Tarikh Tutup 5 Jan 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier.
Alamat: Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (Peti Sebut Harga/ Tender), Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh & Masa Taklimat 14 Dec 2023 08:30
Alamat Taklimat Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 2, Tingkat 5B,
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 150.00

Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK), dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan berkaitan dan memiliki Sijil Taraf Bumiputera dari Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), atau syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam bidang dan jenis pendaftaran yang berkaitan bagi perolehan yang berkenaan. Kontraktor/ syarikat juga perlu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ perkhidmatan/ bekalan berikut:

TAKLIMAT

Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Disember 2023 (Khamis)

Waktu Pendaftaran: 8.30 Pagi – 9.30 Pagi

Waktu Taklimat: 9.30 Pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Cempaka Putih 2, Tingkat 5B, Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

* Hanya Pemilik/ Penama Sahaja Diwajibkan untuk menghadiri taklimat ini. Sila bawa bersama Sijil Asal Pendaftaran.

DOKUMEN MEJA TAWARAN

Petender boleh merujuk Dokumen Meja Tawaran di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di https://www.mpkj.gov.my.

Petender terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara dalam talian di laman sesawang https://tender.selangor.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tawaran.

Sila pastikan MAKLUMAT SYARIKAT (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.

Pembelian Dokumen Tawaran secara dalam talian adalah wajib melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup tender. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di muka surat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.

Tempoh penjualan Dokumen Tawaran adalah pada 15 DISEMBER 2023 HINGGA 5 JANUARI 2024. Dokumen Tawaran tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran atau menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/ Kurier dan memastikan Dokumen tersebut selamat tiba SEBELUM atau PADA 5 JANUARI 2024 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAH HARI di alamat:

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kajang

(Peti Sebut Harga/ Tender)

Tingkat 4, Bahagian Pengurusan Kontrak dan Ukur Bahan

Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih

Off Jalan Semenyih

43000 Kajang

Selangor Darul Ehsan

Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

Pihak tuan/ puan digalakkan menghantar Dokumen Tawaran seawal lima (5) hari bekerja sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 220901 PERKHIDMATAN > PENGAWALAN DAN PENGAWASAN > KAWALAN SERANGGA PEROSAK, ANTI TERMITE

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis