NOTIS PEMAKLUMAN TARIKH TUTUP TAWARAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER & SEBUTHARGA BERPERINGKAT BAGI KENYATAAN IKLAN SEBUTHARGA

21 May 2020 • Oleh Majlis Bandaraya Shah Alam

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

KENYATAAN TUTUP TAWARAN BERPERINGKAT

 

NOTIS PEMAKLUMAN TARIKH TUTUP TAWARAN DAN PENGHANTARAN DOKUMEN TENDER & SEBUTHARGA BERPERINGKAT BAGI KENYATAAN IKLAN SEBUTHARGA KALI KE-3/2020, IKLAN TENDER KALI KE-2/2020 DAN IKLAN TENDER KALI KE-3/2020

________________________________________________________________________________________

 

Selaras dengan Lanjutan Tempoh Bagi Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh pihak kerajaan susulan penularan Wabak COVID-19 adalah dimaklumkan PINDAAN terkini kepada tarikh tutup tawaran bagi tender dan sebutharga yang disenaraikan di atas adalah pada 12hb Jun 2020 (Jumaat) sebelum jam 12.00 Tengahari. Walaubagaimanapun,untuk tujuan pematuhan agensi kepada garis panduan prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Bahagian Tender & Ukur Bahan,Tingkat 23,Wisma MBSA secara BERPERINGKAT seperti berikut :

 

Bil

Perkara

Tarikh & Masa Penjadualan  Penghantaran Dokumen

1

Sebutharga Bil 3/2020

No Rujukan Sebutharga : SH 12/2020 HINGGA SH 27/2020

 

4hb Jun 2020 (Khamis) &

5hb Jun 2020 (Jumaat) 

9.00pagi-12.00 Tengahari (Sesi Pagi)

2.00 petang – 4.00 petang (Sesi Petang)

 

2

Tender Bil 2/2020

No Rujukan Tender : T7/2020 HINGGA

 T20/2020

9hb Jun 2020 (Selasa)

9.00pagi-12.00 Tengahari (Sesi Pagi)

2.00 petang – 4.00 petang (Sesi Petang)

 

3

Tender Bil 3/2020

No Rujukan Tender : T21/2020-MARRIS HINGGA T63/2020-PEMBANGUNAN

 

10hb Jun 2020 (Rabu) & 11hb Jun 2020 (Khamis)

9.00pagi-12.00 Tengahari (Sesi Pagi)

2.00 petang – 4.00 petang (Sesi Petang)

 

  

Untuk makluman,pindaan ini hanya melibatkan tarikh tutup tawaran SAHAJA. Lain-lain keperluan dan syarat-syarat tender adalah sama seperti kandungan asal dokumen tender yang dibeli. Sila layari Laman Web Rasmi MBSA dan Laman Web Tender Selangor untuk maklumat lanjut dan terkini.