ADDENDA : RALAT BAGI TAJUK MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR DI SEKSYEN 13, (PAKEJ 1) - (MBPJ/TD/K/004/2021)

1 Apr 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT:

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada senarai kuantiti bagi tajuk berikut.


KONTRAKTOR PENYIAP BAGI CADANGAN MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR DI SEKSYEN 13, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. (PAKEJ 1) - MBPJ/TD/K/004/2021


Kepada kontraktor yang telah membuat pembelian dokumen bermula dari tarikh 16 Mac 2021 (SELASA) Sehingga 29 Mac 2021 (ISNIN), sila gunakan addenda senarai kuantiti yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual: 16 Mac 2021 (Selasa)

Tarikh Tutup:  29 Mac 2021 (Isnin)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 8 APRIL 2021 (Khamis)