TAWARAN KERJA UNDI BIL. 1 TAHUN 2021 PEJABAT DAERAH/ TANAH HULU LANGAT

1 Jul 2021 • Oleh Pejabat Daerah Hulu Langat

Dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat (PDTHL) akan melaksanakan perolehan kerja secara undian bagi:

 

a)    Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)

b)   Kerja-kerja Menaiktaraf Menggunakan Peruntukan MARRIS

c)    Projek Naiktaraf/ Baikpulih Jalan Luar Bandar

d)   Projek Kecil Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun Negeri Selangor

e)    Projek Mesra Rakyat Parlimen Ampang

 

Semua kerja yang ditawarkan adalah bernilai dari RM20,000.00 hingga RM100,000.00

 

2.         Memandangkan negara masih di dalam Fasa Perintah Kawalan Pergerakan,  pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara online melalui sistem Tender Online Selangor 2.0. Melalui sistem Tender Online Selangor 2.0, kontraktor WAJIB memuat turun borang persetujuan menyertai kerja undi yang telah diiklankan dengan melengkapkan borang tersebut dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan melalui emel daerah yang telah disediakan.

 

3.         Pendaftaran secara ONLINE sahaja yang akan diterima. Urusetia PDTHL akan menyenaraikan kontraktor yang berjaya tapisan pendaftaran untuk paparan umum sebelum proses cabutan undi diadakan. Kontraktor TIDAK PERLU HADIR ke PDTHL untuk mengemukakan dokumen yang berkaitan.