PINDDAAN TARIKH TUTUP

22 Jul 2021 • Oleh Jabatan Kerja Raya Gombak untuk KERJA-KERJA MEMPERELOK KAWASAN BERBAHAYA TAHUN 2021 DI LALUAN PERSEKUTUAN FT28 SEKSYEN 18.20 JALAN LINGKARAN TENGAH DUA (MRR2) DAERAH GOMBAK SELANGOR DARUL EHSAN.

NOTIS PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA.

1.         JKR(G)PER/JLN/18/2021

            KERJA-KERJA MEMPERELOK KAWASAN BERBAHAYA TAHUN 2021 DI LALUAN         PERSEKUTUAN FT28 SEKSYEN 18.20 JALAN LINGKARAN     TENGAH DUA (MRR2)   DAERAH GOMBAK SELANGOR DARUL EHSAN.

KEPADA SEMUA PENYEBUTHARGA.

Berdasarkan Pengumuman Kerajaan pada 1 Julai 2021  telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim Negeri Selangor dan lokaliti WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh tutup sebut harga seperti di atas dan maklumat adalah seperti berikut:-

Tarikh Tutup Asal                 : 15 Julai 2021 (Khamis)

Tarikh Tutup Pindaan          : 28 Julai 2021 (Rabu)

“Jika sebut harga dihantar dengan pos berdaftar/kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.”(Ruj;FAQ-PKP 3.0 bertarikh 15 Jun 2021 item 12.)