PINDAAN TARIKH TUTUP SEBUTHARGA

22 Jul 2021 • Oleh Jabatan Kerja Raya Gombak untuk KERJA-KERJA MENAIKTARAF JALAN BIDARA (SUSUR NAIK DARI RAWANG) DAN (SUSUR TURUN KE SELAYANG) SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN.

NOTIS PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH TUTUP SEBUT HARGA.

5.         JKR(G)SEL/JLN/22/2021

            KERJA-KERJA MENAIKTARAF JALAN BIDARA (SUSUR NAIK DARI       RAWANG) DAN             (SUSUR TURUN KE SELAYANG) SERTA LAIN-LAIN KERJA         BERKAITAN DI DAERAH           GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN.

KEPADA SEMUA PENYEBUTHARGA.

Berdasarkan Pengumuman Kerajaan pada 1 Julai 2021  telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim Negeri Selangor dan lokaliti WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 hingga 15 Julai 2021.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat perubahan tarikh tutup sebut harga seperti di atas dan maklumat adalah seperti berikut:-

Tarikh Tutup Asal                 : 15 Julai 2021 (Khamis)

Tarikh Tutup Pindaan          : 28 Julai 2021 (Rabu)

“Jika sebut harga dihantar dengan pos berdaftar/kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.”(Ruj;FAQ-PKP 3.0 bertarikh 15 Jun 2021 item 12.)