RALAT: LANJUTAN TARIKH TUTUP PETI DOKUMEN TENDER/SEBUTHARGA BAGI TARIKH 26hb, 27hb, 28hb dan 29hb JULAI 2021

23 Jul 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT:


Selaras dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 adalah dimaklumkan bahawa, tarikh tutup peti dokumen sebutharga majlis yang tutup pada 26 Julai 2021 (ISNIN) dilanjutkan pada 16 Ogos 2021 (ISNIN).


Tarikh tutup peti dokumen tender atau sebutharga yang tutup pada

27 Julai 2021 (SELASA) dilanjutkan pada 17 Ogos 2021 (SELASA). 


Tarikh tutup peti dokumen sebutharga yang tutup pada

28 Julai 2021 (RABU) dilanjutkan pada 18 Ogos 2021 (RABU). 


Tarikh tutup peti dokumen sebutharga yang tutup pada

29 Julai 2021 (KHAMIS) dilanjutkan pada 19 Ogos 2021 (KHAMIS). 


Jika tender/sebutharga yang dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebutharga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

 Jika tender/sebutharga yang dihantar secara manual/ datang sendiri adalah digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan /kelewatan semasa proses penghantaran dokumen, selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PPN di seluruh Negeri Selangor berikutan mematuhi SOP pencegahan  penularan Covid-19.


NOTA: Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan mengikut perubahan pemakluman dari masa ke semasa. Pihak tuan/puan boleh melihat tarikh tutup pada setiap tajuk pelawaan yang disiarkan.


Pihak majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kesilapan pihak penender semasa membuat penghantaran dokumen pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


Sekian, terima kasih.


b.p Bahagian Perolehan,

Jabatan Khidmat Pengurusan,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya.