TAWARAN KERJA UNDI BIL. 2 TAHUN 2021 PEJABAT DAERAH/TANAH HULU LANGAT
Dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat (PDTHL) akan melaksanakan perolehan kerja secara undian bagi:
a) Projek MARRIS Fasa 2
b) Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)
c) Kerja di Bangunan PDTHL
Semua kerja yang ditawarkan adalah bernilai dari RM20,000.00 hingga RM100,000.00
2. Memandangkan negara masih di dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara, pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara online melalui sistem Tender Online Selangor 2.0. Melalui sistem Tender Online Selangor 2.0, kontraktor WAJIB memuat turun borang persetujuan menyertai kerja undi yang telah diiklankan dengan melengkapkan borang tersebut dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan melalui emel daerah yang telah disediakan.
3. Pendaftaran secara ONLINE sahaja yang akan diterima. Urusetia PDTHL akan menyenaraikan kontraktor yang berjaya tapisan pendaftaran untuk paparan umum sebelum proses cabutan undi diadakan. Kontraktor TIDAK PERLU HADIR ke PDTHL untuk mengemukakan dokumen yang berkaitan.