RALAT: LANJUTAN TARIKH TUTUP PETI DOKUMEN SEBUTHARGA PERALATAN MEKANIKAL DAN KUALITI AIR KOLAM RENANG - (MBPJ/SH/P/176/2021)

28 Sep 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT:

JADUAL KADAR HARGA PENYELENGGARAAN PERALATAN MEKANIKAL DAN KUALITI AIR KOLAM RENANG, KOMPLEKS SUKAN MBPJ KELANA JAYA UNTUK TEMPOH 1 TAHUN + 1 TAHUN - (MBPJ/SH/P/176/2021)

Tarikh tutup peti dokumen sebutharga bagi tajuk di atas, yang tutup pada

29 September 2021 (Rabu) dilanjutkan pada Oktober 2021 (Rabu).


Jika tender/sebutharga yang dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebutharga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

 Jika tender/sebutharga yang dihantar secara manual/ datang sendiri adalah digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan /kelewatan semasa proses penghantaran dokumen, selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PPN di seluruh Negeri Selangor berikutan mematuhi SOP pencegahan  penularan Covid-19.


NOTA: Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan mengikut perubahan pemakluman dari masa ke semasa. Pihak tuan/puan boleh melihat tarikh tutup pada setiap tajuk pelawaan yang disiarkan.


Pihak majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kesilapan pihak penender semasa membuat penghantaran dokumen pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


Sekian, terima kasih.


b.p Bahagian Perolehan,

Jabatan Khidmat Pengurusan,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya.