RALAT: LANJUTAN TARIKH TUTUP PETI DOKUMEN SEBUTHARGA PADA TARIKH 11 OKTOBER 2021 (ISNIN)

8 Oct 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT:

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI GERAI MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 1 TAHUN - (MBPJ/SH/K/177/2021)

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TAHUNAN BAGI KUARTERS MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (ZON A) DI SEKITAR PETALING JAYA BAGI TEMPOH 1 TAHUN - (MBPJ/SH/K/178/2021)

CADANGAN TAWARAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN DI MENARA MBPJ DI ATAS LOT 96, SEKSYEN 52, JALAN TENGAH, 46200 PETALING JAYA SELANGOR BAGI TEMPOH 12 BULAN + 12 BULAN - (MBPJ/SH/P/179/2021)

JADUAL KADAR HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALATULIS UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BAGI TEMPOH 12 BULAN + 12 BULAN - (MBPJ/SH/B/180/2021)

CADANGAN JADUAL KADAR HARGA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN TIGA (3) UNIT MESIN KREMATOR JENIS DIESEL DI KOMPLEKS KREMATORIUM JALAN 229, KG TUNKU, PETALING JAYA UNTUK TEMPOH 1 + 1 TAHUN  - (MBPJ/SH/P/181/2021)

Tarikh tutup peti dokumen sebutharga bagi tajuk di atas, yang tutup pada

11 Oktober 2021 (Isnin) dilanjutkan pada  18 Oktober 2021 (Isnin).


Jika tender/sebutharga yang dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebutharga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan.

 Jika tender/sebutharga yang dihantar secara manual/ datang sendiri adalah digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakan /kelewatan semasa proses penghantaran dokumen, selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PPN di seluruh Negeri Selangor berikutan mematuhi SOP pencegahan  penularan Covid-19.


NOTA: Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan mengikut perubahan pemakluman dari masa ke semasa. Pihak tuan/puan boleh melihat tarikh tutup pada setiap tajuk pelawaan yang disiarkan.


Pihak majlis tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kesilapan pihak penender semasa membuat penghantaran dokumen pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


Sekian, terima kasih.

b.p Bahagian Perolehan,

Jabatan Khidmat Pengurusan,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya.