PEMAKLUMAN

16 Dec 2021 • Oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor untuk PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL DAN MESIN PENCETAK SERTA CAJ BACAAN METER BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa tempoh penjualan dan pembelian dokumen sebut harga dan tender akan dilanjutkan sehingga 10 Januari 2022 ekoran daripada sistem iP3KS yang telah ditutup sementara untuk tujuan proses kemasini data dan penutupan saluran perkhidmatan pembayaran bagi membolehkan penutupan dan penyelarasan penyata akaun tahun kewangan 2021. Segala transaksi secara dalam talian tidak dapat beroperasi seperti biasa bermula 15 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022. Walaubagaimanapun, pendaftaran kontraktor dan pembelian dokumen secara manual masih lagi boleh dilaksanakan sehingga tarikh akhir pembelian.

Sehubungan itu, pendaftaran kontraktor dan pembelian dokumen sebut harga / tender boleh dilakukan di Unit Perolehan Dan Ukur Bahan, MPKS bermula 15 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021. Pendaftaran dan pembelian melalui sistem iP3KS boleh dilaksanakan semula bermula pada 3 Januari 2022 sehingga tarikh akhir jualan dokumen tersebut. Berikut adalah senarai sebut harga dan tender yang terlibat:

1.    MPKS SH 1/2022

PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MENJAHIT, MENGUKUR DAN MENGHANTAR KEMUDAHAN PAKAIAN KORPORAT, PAKAIAN SERAGAM, PAKAIAN LOUNGE SUIT, PAKAIAN SERAGAM MBJ, PAKAIAN SERAGAM PENGUATKUASA, KASUT, AKSESORI PAKAIAN DAN TALI LEHER/TUDUNG UNTUK AHLI MAJLIS DAN KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN 2022

 

2.    MPKS T 3/2022

PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL DAN MESIN PENCETAK SERTA CAJ BACAAN METER BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

*Tarikh tutup baru adalah pada 11 Januari 2022, jam 12.00 tengahari.

 

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Kuala Selangor