LANJUTAN TARIKH TUTUP PETI DOKUMEN DAN ADDENDA BAGI TAJUK PARIT HUJAN LEBAT (PHL) - (MBPJ/SH/K/215/2021)

24 Dec 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT LANJUTAN TARIKH TUTUP PETI DAN ADDENDA :

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda di senarai kuantiti  bagi tajuk berikut:


CADANGAN TEBATAN BANJIR DI PARIT HUJAN LEBAT (PHL) SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BELAKANG RUMAH JALAN 51A/223B DAN KAWASAN SEKITARNYA, PETALING JAYA. - (MBPJ/SH/K/215/2021)

Sila gunakan addenda senarai kuantiti  yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Addenda perlu disertakan bersama dengan dokumen sebutharga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran tender tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual: 21 Disember 2021 (Selasa)

Tarikh Tutup:  27 Disember 2021 (Isnin)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: 30 DISEMBER 2021 (Khamis)


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya