TAWARAN KERJA UNDI BIL. 1 TAHUN 2022 PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT
Dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat
(PDTHL) akan melaksanakan perolehan kerja secara undian bagi:
a) Projek Kemudahan Awam
/ Asas Desa Tahun 2022
Semua kerja yang ditawarkan adalah bernilai dari RM20,000.00 hingga RM100,000.00
2. Pendaftaran
kontraktor untuk menyertai proses undi ini akan dilaksanakan secara online
melalui sistem Tender Online Selangor
2.0. Kontraktor WAJIB memuat
turun borang persetujuan menyertai kerja undi yang telah diiklankan dengan
melengkapkan borang tersebut, dan mengisi google
form menerusi https://forms.gle/uvCYUSMNVoagCG9V7 dan menghantar dokumen-dokumen
yang diperlukan ke Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat
sebelum atau pada 25 April 2022 (Isnin) jam 12.00 tengahari.
3. Urusetia PDTHL akan menyenaraikan kontraktor yang berjaya tapisan pendaftaran untuk paparan umum sebelum proses cabutan undi diadakan.
4. Syarat-syarat kelayakan kontraktor yang ingin menyertai proses kerja undi ini adalah seperti berikut:
a) Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
dalam Gred G1 dengan kod bidang CE01 ATAU CE21;
b) Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
c) Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN);
d) Sila pastikan tempoh sah laku Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan
Kerja Kerajaan (SPKK) DAN Sijil
Taraf Bumiputera (STB) masih berkuatkuasa pada bulan Mei 2022.
e) Tidak mempunyai kerja
dalam tangan bagi projek di bawah Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat setakat 15
April 2022.
f) Kontraktor yang beralamat/berdaftar di Daerah Hulu Langat sahaja.
5. Adalah diingatkan bahawa
hanya PEMILIK SYARIKAT YANG SAH
sahaja dibenarkan untuk mengambl bahagian di dalam proses pendaftaran tersebut.
Mana-mana kontraktor yang telah menghantar borang pendaftaran dalam talian
adalah BERSETUJU DAN MENGAKU BAHAWA
SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT YANG
DIKEMUKAKAN ADALAH TIDAK BENAR, KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DENGAN INI BERSETUJU
BAHAWA SYARIKATNYA TIDAK LAYAK UNTU DISENARAIKAN DAN TIDAK LAYAK MENDAPAT
SEBARANG KERJA DALAM PROSES UNDI INI. KEPUTUSAN AKHIR KELAYAKAN PENDAFTARAN
KONTRAKTOR ADALAH PADA PEJABAT DAERAH/TANAH HULU LANGAT.