ADDENDA : CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA PETAK TEMPAT LETAK KERETA JALAN 8/3 - (MBPJ/SH/K/108/2022)

21 Jun 2022 • Oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya

RALAT ADDENDA:

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat Addenda pada Senarai Kuantiti bagi tajuk berikut:


CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA PETAK TEMPAT LETAK KERETA DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TEMPAT LETAK KERETA JALAN 8/3, PETALING JAYA. - (MBPJ/SH/K/108/2022)

Terdapat Addenda di Senarai Kuantiti ini. Sila gunakan addenda Senarai Kuantiti yang baru dengan hadir ke kaunter tingkat 3, Menara MBPJ, Bahagian Perolehan, MBPJ, dengan membawa cop syarikat ataupun boleh memuat turun "ADDENDA" pada emel tuan/puan yang telah didaftarkan di Sistem Tender Online Selangor 2.0 dan melengkapkan Borang Akuan Penerimaan Addenda serta perlu mengembalikan Borang Akuan Penerimaan Addenda tersebut ke Bahagian Perolehan secara Emel  (bhg_perolehan@mbpj.gov.my) atau faks di talian 03-79581191.


Addenda perlu disertakan bersama dengan dokumen sebut harga ini semasa pembelian dokumen dan semasa penghantaran dokumen.


Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengemukakan tawaran pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan menyebabkan tawaran sebut harga tuan/puan ditolak.


Tarikh Jual     : 15 Jun 2022 (Rabu)

Tarikh Tutup :  28 Jun 2022 (Selasa)

Lanjutan Tarikh Tutup Terkini: Dikekalkan


Sekian, untuk makluman.


b.p : Bahagian Perolehan

Jabatan Khidmat Pengurusan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya