KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA BIL.3 TAHUN 2019 BAHAGIAN PEMBANGUNAN PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG - PROJEK MARRIS TAHUN 2019

28 Mar 2019 • Oleh Pejabat Daerah Klang

1. Semua Kontraktor Bumiputra Kelas G1 yang berdaftar dengan Pendaftaran Kontraktor(SSPK) beralamat di Daerah Klang adalah dijemput untuk mengemukakan SebutHarga bagi Pelaksanaan Projek MARRIS TAHUN 2019. SENARAI PROJEK BOLEH DIRUJUK DI PAPAN KENYATAAN PEJABAT DAERAH / TANAH KLANG.

WAJIB HADIR PADA 1 APRIL 2019 (ISNIN) JAM  9.30 PAGI - 10.00 PAGI (PENDAFTARAN) DI BILIK GERAKAN, ARAS 2, PEJABAT DAERAH /TANAH KLANG (KELEWATAN DARI MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN), HANYA KONTRAKTOR YANG HADIR SEMASA PENDAFTARAN PADA HARI TERSEBUT SAHAJA BOLEH MENYERTAI SEBUTHARGA INI. 

 Kontraktor yang hadir semasa pendaftaran dikehendaki membawa beberapa dokumen berikut :-

a) Membawa bersama Kad Pengenalan (salinan tidak dibenarkan).

 

b) Hadir sendiri semasa pendaftaran dibuat. Wakil kontraktor sama sekali tidak dibenarkan.

 

c) Sijil asal yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

 

d) Sijil asal yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)


e) Cop kontraktor yang mempunyai alamat.



2. Kontraktor-kontraktor yang telah Berjaya mendapat Kerja Sebutharga pada tahun 2019, dipohon supaya tidak menyertai tawaran sebutharga bagi memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor yang masih belum mendapat sebarang kerja projek pada tahun 2019.