Cetak
JPS/N/SEL/PK/07/2021

PERKHIDMATAN PENYEWAAN DAN PENYELENGGARAAN MESIN FOTOSTAT DI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Tarikh Tajuk  
05/08/2021 Notis Pemakluman Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Jabatan Pengairan dan Saliran
No. Tender JPS/N/SEL/PK/07/2021
Tarikh Iklan 15 Apr 2021 - 12 Aug 2021
Tarikh Jual 23 Apr 2021 - 31 May 2021
Tarikh Tutup 12 Aug 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender.
Bhg. Ukur Bahan & Kontrak
JPS Selangor,
Tkt. 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam, Selangor
Syarikat Bumiputera Sahaja
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Tender

Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam Gred kategori dan Kod Bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.

Gred: Kementerian Kewangan

Kod Bidang : 222010 (Perkhidmatan Fotostat)

 

Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)

 

Sebagai usaha membendung dan mencegah wabak COVID-19, taklimat dan lawatan tapak TIDAK DIWAJIBKAN untuk pembelian tender.

 

Tempat Berkumpul dan Taklimat :  TIADA

Koordinat Lokasi Tapak : TIADA

 

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa :

a) SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN - ASAL

b) SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB - ASAL

c) SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB - ASAL

d) SIJIL TARAF BUMIPUTERA PKK - ASAL

e) SALINAN PENDAFTARAN UPENS

f) Surat Wakil yang ditandatangani oleh penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

g) Satu (1) SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender

Kontraktor yang berminat boleh mendapatkan dokumen tender di :

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak JPS Selangor, Tkt.5, Blok Podium Selatan, Bgn. SSAAS, 40626 Shah Alam, Selangor.

Mulai : 23hb April 2021 hingga 31hb Mei 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan pada waktu 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari sahaja. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan semasa proses pembelian dokumen tender. 

Bayaran dokumen tender sebanyak RM100.00 hendaklah dibuat atas nama Pengarah JPS Selangor dalam bentuk Kiriman Wang/Bank Draf/Wang Pos sahaja. Bayaran tunai tidak akan diterima. Bayaran dokumen tender dalam bentuk KIRIMAN WANG/BANK DRAF ADALAH AMAT DIGALAKKAN.

 

Jabatan berhak untuk menolak sebarang tawaran petender yang dikemukakan sekiranya terdapat keraguan maklumat yang disertakan atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Dokumen yang telah lengkap seperti yang dinyatakan, hendaklah dihantar ke Peti Tender, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.

Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas tempoh 150 hari dari tutup tawaran, maka tawaran adalah dianggap Tidak Berjaya.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 222010 PERKHIDMATAN > EDITORAL, REKABENTUK GRAFIK, SENI HALUS DAN HARTA INTELEK > FOTOSTAT

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis