NOTIS KERJA-KERJA UNDI TAHUN 2022 (KEJURUTERAAN AWAM)
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Ahmad Azri Bin Abdul Hamid |
E-mel | ahmad.azri@mbsj.gov.my |
No. Tel | 03-80264382 |
Jabatan | KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
03/11/2022 | MAKLUMAN : PINDAAN TARIKH TUTUP PENDAFTARAN KERJA-KERJA UNDI | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
---|---|
No. Sebut Harga | MBSJ.KUB.400-5/7 |
Tarikh Iklan | 28 Oct 2022 - 9 Nov 2022 |
Tarikh Jual | 28 Oct 2022 - 9 Nov 2022 |
Tarikh Tutup | 9 Nov 2022 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar |
Waktu Pendaftaran : 8.30 pagi – 10.30 pagi (Kaunter Pendaftaran akan ditutup pada jam 10.30 pagi) Waktu Cabutan Undi bermula : 11.00 pagi Tempat : Dewan Kenanga, Aras 1, Ibu Pejabat MBSJ, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | PETALING SAHAJA |
Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Subang Jaya ingin menjemput Kontraktor-Kontraktor dalam Kategori Kejuruteraan Awam (CE) Gred G1 dan Kategori Elektrikal (ME) Gred G1 di Daerah Petaling yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran (SPP) dan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) dan tempoh pendaftaran masih sah untuk menyertai kerja-kerja undi sepertimana berikut :
Hanya penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri kerja-kerja undi ini dan wakil syarikat adalah tidak dibenarkan. Kontraktor DIWAJIBKAN membawa Sijil Perolehan Pendaftaran (SPP), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang asal, Sijil Pengesahan Pendaftaran Syarikat dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) termasuk membawa cap syarikat dan mengemukakan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan semasa pendaftaran. Setiap Syarikat hanya dibenarkan untuk mendaftar sekali sahaja bagi kerja undi ini. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi nombor talian 03-8026 3212.
Pra-pendaftaran boleh dibuat melalui https://forms.gle/14uUJ2g41jDLLbTw5 bagi Kontraktor Kerja Kejuruteraan Awam dan https://forms.gle/hn9oVc2HBpyYE6BU8 bagi Kontraktor Kerja Elektrik atau dengan menimbas QR diatas mengikut kategori. Kontraktor adalah DIWAJIBKAN untuk hadir secara fizikal pada hari pengundian dilakukakan. Kontraktor digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran bagi melancarkan proses pendaftaran.
Kontraktor-kontraktor juga diingatkan bahawa, semua maklumat-maklumat yang diberikan hendaklah benar dan tepat dan sekiranya terdapat maklumat-maklumat yang tidak benar, Majlis Bandaraya Subang Jaya berhak mengambil tindakan sewajarnya sekiranya tawaran dibuat terhadap Syarikat.
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB | CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|