Cetak
T 45/2023

Cadangan Kerja-Kerja Pengukuhan Tebing Parit Dan Menaiktaraf Struktur Longkang Monsun Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Shah Alam Untuk Majlis Bandaraya Shah Alam

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Hazrul Hazimy Yunus
E-mel hazrul@mbsa.gov.my
No. Tel 03-55105133 ext 1297
Jabatan Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan
Tarikh Tajuk  
10/03/2023 MBSA - TENDER T45/2023 (ADDENDUM NO.1) Selanjutnya

Maklumat Tender

Petender Majlis Bandaraya Shah Alam
No. Tender T 45/2023
Tarikh Iklan 21 Feb 2023 - 16 Mar 2023
Tarikh Jual 21 Feb 2023 - 15 Mar 2023
Tarikh Tutup 16 Mar 2023
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Bahagian Tender & Ukur Bahan, Tingkat 23 (Lift A), Wisma MBSA
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 150.00

Syarat Tender

Tawaran ini adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaraan Kontraktor (SPPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan.

DOKUMEN TENDER

Dokumen Tawaran boleh disemak pada waktu pejabat di Kaunter Bahagian Tender & Ukur Bahan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 23 (Lift A), Wisma M.B.S.A., Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan mulai tarikh iklan disiarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Tender & Ukur Bahan di talian 03-55105133 sambungan 1297, 1445, 1590 dan 1665.

Pemborong terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara On-Line di laman web hhtp://tender.selangor.gov.my dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sebelum membeli Dokumen Tender.

Pembelian  dokumen tawaran secara On-Line dikehendaki melampirkan salinan resit asal bayaran. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. 

TARIKH PENYERAHAN

Dokumen Tawaran yang telah lengkap di isi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan bertanda dengan tajuk kerja berkenaan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Bandaraya Shah Alam di Bahagian Tender & Ukur Bahan, Tingkat 23 (Lift A), Wisma MBSA  tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI. Dokumen Tender yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G3) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM1,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis