SEKOLAH BERKEPADATAN TINGGI - PEMBINAAN EMPAT (4) BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA KEMUNING, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Tc. HAZILAH BINTI ZAINUDDIN |
E-mel | hazilahz@jkr.gov.my |
No. Tel | 0333714040 |
Jabatan | JKR DAERAH KLANG |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
28/04/2025 | PINDAAN TARIKH PENJUALAN DAN PENUTUPAN SEBUT HARGA | Selanjutnya |
06/05/2025 | PINDAAN MUKA SURAT 1 BQ 4.0 | Selanjutnya |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Jabatan Kerja Raya Klang |
---|---|
No. Sebut Harga | JKR/KLG/19/2025(P) |
Tarikh Iklan | 24 Apr 2025 - 9 May 2025 |
Tarikh Jual | 2 May 2025 - 8 May 2025 |
Tarikh Tutup | 9 May 2025 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | PEJABAT JURUTERA DAERAH KLANG, JKR KLANG, NO.1, LORONG SEMBILANG 8E, OFF JALAN TEPI SUNGAI, 41100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN |
Tarikh & Masa Taklimat | 29 Apr 2025 09:30 |
Alamat Taklimat |
DEWAN SERBAGUNA JKR DAERAH KLANG
Kehadiran taklimat adalah diwajibkan |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Bumiputera Sahaja | |
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja | SELURUH SELANGOR |
Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
- Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) atau PPK, STB dan dalam Gred G3, Kategori B, Pengkhususan B04.
- Penyebutharga terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara atas talian di laman sesawang http://tender.selangor.my .
- Sila pastikan Maklumat syarikat (nombor telefon yang boleh dihubungi dan email) di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 DIKEMASKINI.
- Pembelian Dokumen Tawaran secara atas talian DIWAJIBKAN melampirkan salinan resit asal bayaran semasa tarikh tutup sebutharga. Resit tersebut hendaklah dilampirkan di mukasurat hadapan dokumen. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Dokumen Tawaran ditolak.
- Dokumen sebutharga hendaklah DIBUKUKAN (stapler/binding/jilid) bersama-sama dengan dokumen WAJIB (Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran (PKK), Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.
- Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) – Rujuk Arahan Tambahan Kepada Penyebut Harga.
- Penyebut harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang merupakan sijil akuan status pematuhan pembayar cukai yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran. TCC adalah DOKUMEN WAJIB kelayakan asas sebut harga. Penyebut harga yang tidak mengemukakan TCC atau mengemukakan TCC berstatus 'Tidak Patuh' / TCC yang tidak sah, akan dinilai sebagai 'Gagal' mengemukakan dokumen wajib dan tidak layak dinilai untuk peringkat seterusnya
- Borang sebutharga boleh dimuat turun mulai tarikh 2 Mei 2025 hingga 8 Mei 2025 secara ONLINE SAHAJA.
TAKLIMAT TAPAK
Taklimat tapak adalah DIWAJIBKAN. Penyebutharga dinasihatkan supaya melawat tapak projek sebelum mengemukakan sebutharga bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tapak bina yang akan dihadapi. Sebarang tuntutan akibat kesilapan dalam menentukan kaedah pembinaan atau menghargakan sebutharga disebabkan kekurangan pengetahuan mengenai keadaan tapak bina tidak akan dilayan.
Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK & STB. Hanya seorang penama yang tercatat di dalam sijil sahaja dibenarkan menghadiri taklimat tapak. Maklumat tarikh dan masa bagi taklimat tapak adalah seperti berikut:-
TARIKH : 29 April 2025
TAKLIMAT : 9.30 Pagi
PENDAFTARAN : 8.45 Pagi – 9.30 pagi
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA JKR DAERAH KLANG
PENYERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA
- Dokumen yang telah dimuat turun hendaklah DIBUKUKAN bersama dokumen-dokumen WAJIB (profil syarikat, penyata bank dan salinan resit pembelian online). Kegagalan kontraktor mematuhi syarat-syarat ini akan menyebabkan sebutharga ditolak dan tidak dipertimbangkan.
- Borang sebutharga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga di PEJABAT JURUTERA DAERAH KLANG, JKR KLANG, NO. 1, LORONG SEMBILANG 8E, OFF JALAN TEPI SUNGAI, 41100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 9 Mei 2025 dan sekiranya berlaku sebarang kelewatan, sebutharga tidak akan diterima.
Lawatan Tapak
Bil. | Tempat Berkumpul | Alamat Lawatan Tapak | Tarikh & Waktu | Wajib Hadir |
---|---|---|---|---|
1 | DEWAN SERBAGUNA JKR DAERAH KLANG | DEWAN SERBAGUNA JKR DAERAH KLANG | 29 Apr 2025 09:30 |
Kod-Kod Bidang
Gred CIDB |
|
---|---|
Bidang Pengkhususan CIDB | B04 KERJA AM BANGUNAN |
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|