Cetak Manual Ini

Terdapat 3 kategori untuk kemaskini maklumat di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 ini. Berikut ialah kategori - kategori pengemaskinian maklumat :-

I)KEMASKINI MAKLUMAT MOF ATAU CIDB : Permintaan kemaskini apa - apa maklumat berkenaan MOF atau CIDB perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu. Maklumat lanjut untuk Cara membuat permintaan kemaskini MOF atau CIDB

II)KEMASKINI MAKLUMAT ALAMAT EMEL ATAU NO PENDAFTARAN SYARIKAT : Tatacara membuat permintaan kemaskini di terangkan di pautan ini. Cara membuat permintaan kemaskini emel atau nombor pendaftaran

III)KEMASKINI MAKLUMAT YANG LAIN : Permintaan kemaskini lain-lain maklumat adalah seperti di halaman ini.

Berikut merupakan tatacara untuk mengemaskini lain-lain maklumat syarikat.

Klik pada kotak biru di atas sebelah kanan halaman yang tertera nama syarikat anda. Sistem akan memaparkan pilihan halaman. Klik pada pilihan "Akaun Saya".

Sistem akan memaparkan halaman yang memaparkan tab "Maklumat Tender/Sebut Harga" dan "Maklumat Syarikat". Klik pada tab "Maklumat Syarikat".

Sistem akan memaparkan halaman seperti gambar berikut. Klik pada butang "Kemaskini".

Sistem seterusnya akan memaparkan halaman untuk mengemaskini maklumat syarikat. Tekan butang "Seterusnya" setelah memeriksa maklumat adalah betul.

Kemudian tekan butang "Hantar".

undefined