Polisi Keselamatan

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain.

Data Peribadi

Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di Sistem Tender Online Selangor ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas Sistem Tender Online Selangor atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada Sistem Tender Online Selangor ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang.

Maklumat Terkumpul

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari Sistem Tender Online Selangor ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di Sistem Tender Online Selangor ini. Sistem Tender Online Selangor ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Sistem Tender Online Selangor ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial.

Maklumat Log

Apabila anda melayari Sistem Tender Online Selangor ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama Sistem Tender Online Selangor tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan. Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke Sistem Tender Online Selangor ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Sistem Tender Online Selangor ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial.

Penggunaan Kuki (Cookies)

Sistem Tender Online Selangor ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar Sistem Tender Online Selangor bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

Pautan Kepada Sistem Tender Online Selangor yang Lain

Sistem Tender Online Selangor ini mempunyai pautan ke Sistem Tender Online Selangor lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Sistem Tender Online Selangor ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa Sistem Tender Online Selangor yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap Sistem Tender Online Selangor yang dilayari.

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Dasar Keselamatan

  • Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas kepada pengemaskinian Sistem Tender Online Selangor ini perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
  • Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada Sistem Tender Online Selangor ini.
  • Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).
  • Sistem Tender Online Selangor kerajaan dan agensi swasta yang memerlukan pautan ke Sistem Tender Online Selangor ini mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir Sistem Tender Online Selangor ini.
  • Memecah masuk atau cubaan mengodam Sistem Tender Online Selangor ini adalah dilarang sama sekali.
  • Pengguna Sistem (User) atau Syarikat (Vendor) adalah disarankan untuk menukar kata laluan sistem setiap 90 hari ( DASAR KESELAMATAN ICT PEJABAT SUK SELANGOR Versi 3.0 ).

Pindaan Dasar

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.

Penafian :

Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam Sistem Tender Online Selangor ini.