LAWATAN TAPAK
Tender/Sebut Harga boleh mempunyai lawatan tapak lebih dari satu dan boleh menjadi wajib atau tidak. Gambar di bawah menunjukkan contoh tender mempunyai lawatan tapak wajib dan tidak wajib. Jika syarikat sudah menghadiri taklimat (taklimat wajib) tetapi tidak hadir untuk lawatan tapak yang wajib, sistem akan menyekat pembelian tender dan akan memaparkan notifikasi dan tidak akan memaparkan butang "Tambah kepada Senarai Tempahan".
Jika agensi sudah mengemaskini maklumat kehadiran lawatan tapak yang wajib, barulah syarikat dapat membeli tender tersebut dengan menekan butang "Tambah kepada Senarai Tempahan".