Cetak Manual Ini
##CARA MEMBUAT FAIL PDF##
**1.**Anda perlu mengimbas sijil terlebih dahulu untuk dijadikan fail gambar. (Mengambil gambar menggunakan kamera tidak dinasihatkan kerana imej yang dihasilkan berkemungkinan tidak jelas.)
**2.**Buka fail microsoft word yang baru. (Microdoft Word 2013 digunakan di dalam panduan ini. Diingatkan , Microsoft Word versi sebelum mungkin tidak mempunyai pilihan untuk membuat fail pdf)

**3.**Klik pada ikon "Pictures".

**4.**Microsoft word akan memaparkan tetingkap untuk memilih fail. Klik pada fail gambar yang diimbas tadi kemudian klik butang "Insert" untuk memasukkan gambar tersebut.

**5.** *Resize* gambar tersebut jika perlu.
Ulangi langkah 3 hingga 5 jika perlu untuk memasukkan gambar "Sijil CIDB & SPKK".

**6.** Tekan Menu "File".

**7.** Tekan Menu "Save As" dan pilih direktori untuk menyimpan fail tersebut. Pilih "pdf" pada pilihan "Save as Type".

**8.** Cuba buka semulafail pdf yang dibuat sebentar tadi untuk memastikan yang fail berjenis pdf berjaya di simpan.

