Cetak Manual Ini
#PENGESAHAN PENDAFTARAN
Gambar di bawah adalah ringkasan gambarajah menunjukkan fungsi-fungsi yang dibenarkan mengikut peranan. Pengesahan Pendaftaran Syarikat hanya boleh dilakukan oleh "Registration Assessor" sahaja di 'Agensi Pengesahan'. Seorang pengguna di dalam sistem ini boleh mempunyai lebih dari satu peranan.

Buat masa ini ada 12 Agensi Pengesahan seperti berikut :-
1.SUK Selangor
2.Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
3.Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
4.Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
5.Majlis Perbandaran Klang
6.Majlis Perbandaran Selayang
7.Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
8.Majlis Perbandaran Sepang
9.Majlis Daerah Hulu Selangor
10.Majlis Daerah Kuala Langat
11.Majlis Daerah Kuala Selangor
12.Majlis Daerah Sabak Bernam
##DASHBOARD STATISTIK SYARIKAT
Di bawah menunjukkan rajah dashboard statistik syarikat mengikut status pendaftaran.

Penerangan:-
i.Pendaftaran Belum Selesai: Bilangan Syarikat yang sudah mendaftar tetapi belum membuat pengesahan emel atau belum melengkapkan maklumat syarikat dan hantar untuk pengesahan. Syarikat ini akan dipadam dari sistem jika tiada pembayaran langganan dibuat selepas melebihi tempoh 3 bulan dari tarikh daftar.
ii.Pendaftaran Belum Diluluskan: Bilangan Syarikat yang sedang menunggu kelulusan daripada agensi pengesahan.
iii.Permintaan Kemaskini: Bilangan Syarikat yang menghantar permohonan untuk mengemaskini maklumat MOF/CIDB untuk kelulusan. Maklumat yang dikemaskini akan dipaparkan di “Maklumat Terperinci Syarikat” bila permohonan diluluskan.
iv.Jumlah Syarikat: Bilangan semua syarikat yang berdaftar di dalam sistem tidak mengira status.
Nota : Bilangan Syarikat adalah berdasarkan agensi pengesahan. Hanya pengguna berperanan 'Admin' sahaja yang dapat melihat bilangan semua statistik secara menyeluruh.
Apabila seorang 'Registration Assessor' log masuk ke dalam sistem, sistem akan memaparkan *dashboard* seperti gambar di bawah. Pada asalnya 'Registration Assessor' akan nampak semua senarai syarikat yang status "belum diluluskan".

Jika 'Registration Assessor' menekan butang "Papar" untuk syarikat yang status "Belum diluluskan" dan bukan di set untuk disahkan oleh agensi tersebut,sistem tidak akan memaparkan butang "Lulus" atau "Tolak" seperti gambar di bawah.

Untuk 'Registration Assessor' melihat senarai syarikat yang perlu disemak dan diluluskan, 'Registration Assessor' perlu klik pautan pada kotak "Pendaftaran Belum Diluluskan".

Sistem akan memaparkan senarai syarikat yang hanya di set untuk pengesahan oleh agensi tersebut seperti gambar di bawah.

##MELULUSKAN PENDAFTARAN SYARIKAT
'Registration Assessor' boleh menyemak maklumat-maklumat syarikat tersebut dengan menekan tab disebelah kiri:-
* Maklumat Syarikat
* Maklumat Pegawai
* MOF
* CIDB
* Pemegang Saham
* Fail
* Bayaran Pendaftaran
'Registration Assessor' boleh menekan butang "Papar" untuk syarikat yang status "Belum diluluskan" dan memang di set untuk disahkan oleh agensi tersebut,sistem akan memaparkan butang "Lulus" atau "Tolak" seperti gambar di bawah.

Setelah menyemak maklumat tersebut, 'Registration Assessor' boleh menekan butang "Lulus" jika ingin meluluskan pendaftaran tersebut. Klik butang "Pasti" untuk meluluskan. Sistem akan menghantar emel kepada syarikat menyatakan pendaftaran sudah lulus dah syarikat boleh mulai membeli tender/serbutharga secara *online*.

Sistem akan menyatakan notifikasi "Syarikat Diluluskan" seperti gambar di bawah.

Syarikat akan menerima emel seperti di bawah jika pendaftaran diluluskan.

##MENOLAK PENDAFTARAN SYARIKAT
Setelah menyemak maklumat syarikat, 'Registration Assessor' boleh menekan butang "Tolak" jika ingin menolak pendaftaran tersebut.
Sistem akan memaparkan kotak input "Alasan Penolakan". Input ini adalah wajib. Klik butang "OK" untuk menolak setelah memasukkan Alasan Penolakan. Sistem akan menghantar emel kepada syarikat menyatakan pendaftaran telah ditolak dan akan memaparkan alasan penolakan di dalam emel.

Sistem akan menyatakan notifikasi "Syarikat Ditolak" seperti gambar di bawah.

Di bawah ialah contoh emel pendaftaran syarikat yang ditolak.

Apabila syarikat yang ditolak log masuk ke dalam sistem, sistem akan memaparkan notifikasi seperti berikut.

