Cetak Manual Ini
#PENGESAHAN SYARIKAT
Secara ringkas, dibawah ialah rajah carta alir untuk fungsi-fungsi yang digunapakai oleh syarikat di dalam sistem ini.
![](/docs/public/content/images/dashboard_syarikat/carta_alir.png)
Setelah melakukan pengesahan emel dan mengemaskini maklumat syarikat,agensi pengesahan yang dipilih akan menyemak maklumat dan sijil-sijil yang berkenaan dahulu.
##PENDAFTARAN LULUS
Jika pendaftaran syarikat anda lulus, sistem akan menghantar emel seperti gambar di bawah.
![](/docs/public/content/images/pengesahan/email_lulus.png)
Anda boleh log masuk ke dalam sistem menggunakan alamat emel yang sudah didaftarkan dan sistem akan memaparkan notifikasi untuk mula membuat pembayaran langganan seperti gambar di bawah. Pilih cara bayaran yang dikehendaki. Ikut langkah-langkah yang dipaparkan di skrin mengikut cara pembayaran.
![](/docs/public/content/images/registration/bayar_kad_fpx.png)
Anda tidak boleh membeli mana-mana tender secara online jika tidak melanggan atau langganan sudah luput. Langganan ialah berdurasi tahunan.
Jika pembayaran berjaya, sistem akan memaparkan notifikasi seperti contoh di bawah ini. Anda kini boleh mula membeli mana-mana tender yang layak secara online.
![](/docs/public/content/images/registration/langganan_berjaya.png)
Klik pada butang "Lihat Resit" untuk melihat resit pendaftaran.
![](/docs/public/content/images/kemaskini/resit_daftar.png)
Jika pembayaran tidak berjaya, sistem akan memaparkan seperti contoh notifikasi di bawah ini. Klik pada butang "Cuba Semula" untuk melakukan pembayaran sekali lagi.
![](/docs/public/content/images/registration/langganan_x_berjaya.png)
##PENDAFTARAN DITOLAK
Jika pendaftaran syarikat anda ditolak, sistem akan menghantar emel seperti gambar di bawah. Sila ikut arahan di dalam emel untuk meneruskan proses pengesahan atau berhubung dengan agensi pengesahan tersebut.
![](/docs/public/content/images/pengesahan/email_tolak.png)
Anda juga akan nampak notifikasi seperti gambar di bawah ini jika pendaftaran syarikat anda ditolak bila log masuk ke dalam sistem.
![](/docs/public/content/images/pengesahan/syarikat_reject_login.png)