Cetak Manual Ini
Terdapat 3 kategori untuk kemaskini maklumat di dalam Sistem Tender Online Selangor 2.0 ini. Berikut ialah kategori - kategori pengemaskinian maklumat :-
**I)KEMASKINI MAKLUMAT MOF ATAU CIDB :** Permintaan kemaskini apa - apa maklumat berkenaan MOF atau CIDB perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu. Cara membuat permintaan kemaskini MOF atau CIDB diterangkan di halaman ini.
**II)KEMASKINI MAKLUMAT ALAMAT EMEL ATAU NO PENDAFTARAN SYARIKAT :** Tatacara membuat permintaan kemaskini di terangkan di pautan ini. [Cara membuat permintaan kemaskini emel atau nombor pendaftaran](/manuals/kemaskini_emel)
**III)KEMASKINI MAKLUMAT YANG LAIN :** Permintaan kemaskini lain-lain maklumat adalah seperti di pautan ini [Cara mengemaskini maklumat syarikat](/manuals/kemaskini_syarikat)
##PERMINTAAN KEMASKINI
Permintaan Kemaskini dilakukan untuk mengemaskini maklumat MOF atau CIDB kerana ia perlu melalui proses pengesahan dari agensi pengesahan.
Klik pada kotak biru di atas sebelah kanan halaman yang tertera nama syarikat anda. Sistem akan memaparkan pilihan halaman. Klik pada pilihan "Akaun Saya".
![](/docs/public/content/images/kemaskini/k1a.png)
Klik pada tab 'Maklumat Syarikat'.
![](/docs/public/content/images/kemaskini/maklumat_syarikat.png)
Klik pada butang "Permintaan Kemaskini" di bawah sekali.
![](/docs/public/content/images/kemaskini/butang_kemaskini.png)
Sistem akan memaparkan senarai permintaan kemaskini. Klik pada butang "Masukkan Permintaan Baru".
Hanya 1 Permintaan Kemaskini dibenarkan dibuat untuk maklumat MOF atau CIDB pada satu-satu masa. Sistem tidak akan memaparkan butang "Masukkan Permintaan Baru" jika terdapat 1 Permintaan Kemaskini untuk maklumat MOF DAN CIDB pada satu masa yang masing-masing berstatus "Belum Diproses".
![](/docs/public/content/images/kemaskini/tambah_permintaan.png)
Pilih MOF atau CIDB dari pilihan "Maklumat Kemaskini".
![](/docs/public/content/images/kemaskini/drop_mof.png)
Di bawah ialah contoh borang kemaskini Maklumat MOF. **Lengkapkan borang tersebut dengan mengisi semua maklumat supaya maklumat syarikat anda dikemaskini dengan maklumat yang terkini dan muat naik fail yang berkenaan untuk tujuan pengesahan**.
![](/docs/public/content/images/kemaskini/borang_mof.png)
**Sila sertakan dokumen yang telah disimpan (save as) dalam format PDF yang betul bagi tujuan kelulusan pengemaskinian. Jangan _rename_ fail anda kepada pdf, ini akan menyebabkan fail anda tidak boleh dibuka oleh agensi pengesahan**
klik butang "Hantar" setelah selesai.
![](/docs/public/content/images/kemaskini/upload.png)
Untuk menghapus maklumat kod bidang tertentu, klik pada kod bidang dan tekan kekunci "delete" ![](/docs/public/content/images/registration/delete.png) di papan kekunci anda. Jika ingin menghapus melebihi dari satu,Sila tekan kunci Ctrl (di papan kekunci)
![](/docs/public/content/images/registration/ctrl.png) + butang kiri tetikus untuk memilih.
Sistem akan paparkan notifikasi "Rekod dicipta" dan senarai permintaan kemaskini.
![](/docs/public/content/images/kemaskini/senarai_permintaan.png)
Nota : Pada masa ini, maklumat baru yang dikemaskini tidak akan diambil kira selagi tidak diluluskan. Sistem akan menyaring kelayakan tender menggunakan maklumat lama. Pengesahan ini dilakukan oleh Agensi Pengesahan yang meluluskan pendaftaran syarikat ini.
Jika permintaan telah diluluskan, status permintaan tersebut akan bertukar kepada "Lulus".
![](/docs/public/content/images/kemaskini/syarikat_lulus.png)
Jika permintaan ditolak, status permintaan tersebut akan bertukar kepada "Ditolak".
![](/docs/public/content/images/kemaskini/syarikat_tolak.png)