MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER / SEBUT HARGA BERIKUTAN PELAKSANAAN PKP & PKPD NEGERI SELANGOR

2 Jul 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DAN LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI JALAN SR 4/12, SR 4/13, SR 4/14, SR 4/15, SR 4/16, SR 4/18, SR 4/19 DAN SR 4/20, SERDANG RAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

Selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PKP & PKPD di seluruh negeri Selangor berkenaan dengan situasi terkini penularan Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa semua tarikh tutup Tender & Sebut harga MBSJ akan dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sila rujuk ke Laman Web ini semula dari masa ke semasa untuk mengetahui tentang pindaan tarikh-tarikh tersebut yang akan dipaparkan kemudian. Harap maklum.