MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER / SEBUT HARGA BERIKUTAN PELAKSANAAN PKP & PKPD NEGERI SELANGOR
Selaras dengan arahan oleh pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan PKP & PKPD di seluruh negeri Selangor berkenaan dengan situasi terkini penularan Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa semua tarikh tutup Tender & Sebut harga MBSJ akan dilanjutkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Sila rujuk ke Laman Web ini semula dari masa ke semasa untuk mengetahui tentang pindaan tarikh-tarikh tersebut yang akan dipaparkan kemudian. Harap maklum