MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH TUTUP TENDER / SEBUT HARGA BERIKUTAN PELAKSANAAN PKP & PKPD NEGERI SELANGOR

9 Jul 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk PERKHIDMATAN UJIAN MAKMAL BAGI PROJEK PENYELENGGARAAN JALAN DI KAWASAN BP1, BP2, BP3, BP4 DAN BP5, MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA

Adalah dimaklumkan bahawa, selaras dengan arahan dari pihak kerajaan berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua penyerahan dokumen  tender/sebut harga hendaklah diserahkan selepas tempoh PKPD/PKP tamat dan tarikh tutup akan dimaklumkan dari masa ke semasa sepertimana di dalam Sistem Tender Online Selangor. Petender dimohon untuk sentiasa  menyemak dari masa ke semasa tarikh tutup sebenar di dalam Sistem ini.

Selain dari itu, dokumen tender/sebut harga juga boleh dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Pos Berdaftar/Kurier dan petender hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada tarikh tutup tender/sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan. Ini adalah bagi tujuan pematuhan MBSJ kepada Garis Panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Sila hubungi no. telefon di talian 03 - 8026 4390 / 03 - 8026 4380 sekiranya pihak petender mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkara yang dinyatakan di atas.