MBSJ : NOTIS MAKLUMAN LANJUTAN TENDER/SEBUT HARGA MBSJ

1 Aug 2021 • Oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk KERJA-KERJA PENGGANTIAN KREMATOR DIBANGUNAN KREMATORIUM MILIK MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA (2021)

Adalah dimaklumkan bahawa, Tender/Sebut Harga yang tutup pada 2 Ogos 2021 telah dilanjutkan ke 16 Ogos 2021 manakala tender/sebut harga yang tutup pada 5 Ogos 2021 pula telah dilanjutkan ke 19 Ogos 2021. Sehubungan dengan itu, satu e-mel pemberitahuan telah dihantar kepada semua petender yang mengambil bahagian dalam Tender/Sebut harga MBSJ tersebut.

 

Dokumen Tender/Sebut Harga boleh diserahkan melalui  pos berdaftar/perkhidmatan kurier sepertimana yang dinyatakan di dalam Arahan Kepada Petender. Sekiranya petender ingin membuat secara serahan tangan, petender perlu membuat temujanji lebih awal dengan menghubungi talian 03-8026 4382/4381 dan ianya terhad kepada 32 orang setiap hari mengikut masa yang ditetapkan. Petender diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Petender juga dinasihatkan untuk tidak menunggu hingga hari terakhir bagi membuat temujanji tersebut.

 

Terima kasih.