RALAT: SENARAI KUANTITI MPHS SH K 28/ 2022

31 Mar 2022 • Oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk MENURAP SEMULA JALAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DALAM REZAB JALAN DI JALAN CHUANG 6D, KG CHUANG DAN JALAN KANDAYAH 1H, RASA

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas,


2.    Dimaklumkan bahawa terdapat ralat di bahagian Senarai Kuantiti bagi sebut harga yang tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pihak tuan untuk memuat turun (download) dan mengisi semula dokumen bahagian Borang Sebut Harga dan Senarai Kuantiti.


3.    Pihak tuan adalah dinasihatkan berhubung terus dengan Pegawai Jabatan Kejuruteraan yang berkaitan bagi mendapatkan keterangan lanjut serta arahan-arahan yang berkaitan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

                

“SELANGOR MAJU BERSAMA”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)