Makluman Terkini Proses Cabutan Kerja Undi Bil.01 JKR Sabak Bernam

24 Jul 2024 • Oleh Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam untuk JEMPUTAN KERJA UNDI UNTUK KONTRAKTOR BAGI KERJA-KERJA UNDI JKR SABAK BERNAM, SELANGOR

JEMPUTAN KERJA UNDI JKR SABAK BERNAM BIL. 01/2024

 

                                                RALAT                                  

Proses Cabutan Undi :

 

  1. Pihak kontraktor dikehendaki untuk hadir dan masuk ke dalam Dewan Stor Ladang Air Manis, Sabak Bernam selewat-lewatnya sebelum jam 9.30 pagi pada 25hb Julai 2024 (Khamis) untuk proses cabutan undi. Kontraktor yang lewat tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan sekaligus menyebabkan penyertaannya terbatal.
  2. Tiada proses pendaftaran semula diperlukan kerana kontraktor telah berdaftar secara online. Sila semak nama syarikat kontraktor di dalam senarai kontraktor layak sertai kerja undi yang telah dipaparkan di ‘Facebook’ JKR Sabak Bernam untuk mendapatkan nombor undi kontraktor.
  3. Proses cabutan undi akan dimulakan pada jam 10.00 pagi. Kontraktor yang terpilih nombornya akan disemak dokumen-dokumen yang berkaitan  (Kad Pengenalan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan CIDB dan Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk memastikan kontraktor benar-benar layak. Sekiranya kontraktor gagal semakan tersebut, cabutan undi akan dibuat semula bagi kerja tersebut sebelum beralih kepada cabutan undi kerja yang seterusnya.

Sekian, Terima kasih.