PELANJUTAN TEMPOH IKLAN SEBUT HARGA

28 Jul 2025 • Oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk KERJA-KERJA PENYAMBUNGAN DAN PENYIAPAN BAGI MENAIKTARAF STADIUM MINI KUALA KUBU BHARU (BANGUNAN) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR.

Dimaklumkan bahawa tempoh iklan bagi Sebut Harga MPHS/SH/L/85/2025 telah dilanjutkan sehingga 11 Ogos 2025.

Pelanjutan ini dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyebut harga yang berkelayakan untuk turut serta dalam proses perolehan ini.

Sebarang makluman lanjut berkenaan pindaan dan dokumen berkaitan boleh dirujuk melalui https://tender.selangor.my/ atau hubungi Cik Amirah Hakim binti Fauzi (Bahagian Perolehan).

Sekian, harap maklum.

Bahagian Perolehan,
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
03-6064 3869