PEMAKLUMAN RALAT SUMMARY BILL OF QUANTITIES (BQ) DAN SEMAKAN HARGA TAWARAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa terdapat ralat pada Summary Bill of Quantities (BQ) di mukasurat 36, di mana item “BILL NO: 1 – BUTIRAN KERJA AWALAN (SAMBUNGAN)” adalah tidak wujud dan tidak perlu diisi oleh pihak tuan/puan.
Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki untuk menyemak dengan teliti keseluruhan harga yang ditawarkan. Kegagalan pihak tuan/puan untuk mengisi Summary BQ dengan betul boleh menyebabkan jumlah harga keseluruhan menjadi tidak relevan dan seterusnya tidak dipertimbangkan untuk pemilihan.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Terima kasih.