PEMAKLUMAN PENUKARAN KOD BIDANG DAN PELANJUTAN TARIKH TAMAT SEBUT HARGA

14 Jul 2026 • Oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor untuk PELANTIKAN KONTRAKTOR PANEL TAMBAHAN BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA JABATAN KEJURUTERAAN, MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BAGI TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa kod bidang bagi sebutharga tersebut telah ditukar daripada kod bidang CIDB kepada kod bidang MOF 220301 – Penyelenggaraan / Pembaikan Alat Hawa Dingin – Alat Hawa Dingin (Window/Split/Berpusat).

Sehubungan itu, tempoh penghantaran dokumen sebutharga turut dilanjutkan sehingga 22 Julai 2026 (Rabu) bagi memberi peluang kepada pembida yang memenuhi syarat kod bidang baharu untuk mengemukakan tawaran.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih