PINDAAN TARIKH TUTUP IKLAN

24 Aug 2026 • Oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk Cadangan Kerja-Kerja Membekal Dan Menghantar 1 Unit Kenderaan Jenis Perodua Bezza 1.0G A/T Lengkap Bersama Aksesori Dan 2 Unit Motosikal Yamaha Y15ZR, Dan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Untuk Cabutan Bertuah Pembayar Cukai, Majlis Perbandaran Selayang.

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup penghantaran dokumen tersebut telah dipinda kepada 27 Ogos 2026 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, pihak syarikat hendaklah memastikan semua dokumen berkaitan dikemukakan pada tarikh tersebut selewat-lewatnya sebelum jam 12.00 tengah hari bertempat di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Tingkat 6, Menara Majlis Perbandaran Selayang,  Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Kerjasama dan perhatian pihak syarikat berhubung perkara ini amatlah dihargai.