Cetak
SH JPPH 1/2021

PERKHIDMATAN PENGURUSAN CARETAKER BAGI RUMAH PERANGINAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR DI BAYOU LAGOON PARK RESORT, BUKIT KATIL MELAKA BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN UNTUK TETUAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Norazimah binti Mohd Arshad
E-mel norazimah@mphs.gov.my
No. Tel 03 6064 1331
Jabatan Bahagian Perolehan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Hulu Selangor
No. Sebut Harga SH JPPH 1/2021
Tarikh Iklan 6 Jan 2021 - 3 Feb 2021
Tarikh Jual 6 Jan 2021 - 3 Feb 2021
Tarikh Tutup 3 Feb 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar LOBI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, JALAN BUKIT KERAJAAN, 44000 KUALA KUBU BHARU, SELANGOR DARUL EHSAN.
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

Pejabat ini menjemput tuan mengemukakan sebut harga untuk tajuk kerja di atas. Sila masukkan Borang Sebut Harga yang telah diisi dengan sampul surat yang telah dimeterai dan dialamatkan kepada Pejabat ini seperti alamat di atas. Untuk makluman hanya satu sampul surat untuk satu Borang Sebut Harga sahaja.

 

a.       Sila tulis di bahagian atas sampul surat tersebut Nama dan Nombor Sebut Harga, masa dan tarikh tutup seperti yang tersebut di atas.

 

b.       Tarikh terakhir untuk mengambil / mendapatkan  Borang Sebut Harga adalah pada satu (1) hari sebelum tarikh tutup sebut harga.

 

c.       Sebut harga yang lengkap hendaklah mengandungi maklumat PENTING seperti di BAHAGIAN 1, DAN BAHAGIAN 2 perlu dikemukakan tidak lewat daripada PUKUL 12.00 TENGAH HARI pada tarikh yang telah dinyatakan. 

1.       PERATURAN PERLAKSANAAN KERJA

 

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir Kerja yang dinyatakan dalam Ringkasan SEBUT HARGA dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen SEBUT HARGA ini dan juga Arahan daripada PEGAWAI INDEN atau wakilnya.

 

 

2.       KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA

 

Sekiranya KONTRAKTOR gagal memulakan kerja SEBUT HARGA ini selepas tujuh hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja untuk SEBUT HARGA tersebut akan dibatalkan dan tindakan Tatatertib akan diambil terhadap KONTRAKTOR.

3.       SUB-SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA

 

KONTRAKTOR tidak dibenarkan meng ‘sub-sewakan’ kan kerja kepada kontraktor-kontraktor lain. KONTRAKTOR tidak boleh menyerahkan apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada PEGAWAI INDEN.

 

4.       PENOLAKKAN BAHAN / BARANG DAN KERJA OLEH PEGAWAI INDEN

 

PEGAWAI INDEN atau wakilnya berhak menolak bahan, barang dan kerja-kerja yang tidak menepati spesifikasi. Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh KONTRAKTOR sendiri.

 

5.       RINGKASAN SEBUT HARGA.

 

i.        Ringkasan SEBUT HARGA hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang SEBUT HARGA ini dan hendaklah menjadi asas jumlah harga SEBUT HARGA.

 

Ii.       Harga-harga dalam Ringkasan SEBUT HARGA hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan kos-kos lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan kerja SEBUT HARGA dengan sempurna.

         

iii.       Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi penyelarasan harga akibat daripada perubahan kos, bahan-bahan dan semua duti dan cukai KERAJAAN, samada DALAM TEMPOH SAH sebut harga atau dalam tempoh kerja.

 

iv.      Kadar dan harga dalam Ringkasan SEBUT HARGA yang dikemukakan oleh KONTRAKTOR hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada PEGAWAI INDEN tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan SEBUT HARGA hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

 

v.       Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan SEBUT HARGA menurut perkara (iv) di atas dan apa-apa kesilapan pengiraan dalam Ringkasan SEBUT HARGA hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah harga yang dilaraskan hendaklah sama dengan jumlah harga pukal (lump sum) yang dinyatakan dalam Borang SEBUT HARGA. Jumlah harga pukal dalam Borang SEBUT HARGA hendaklah tetap tidak berubah

6.       PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA

 

Jika KONTRAKTOR mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen SEBUT HARGA, wakilnya hendaklah merujuk kepada PEGAWAI INDEN untuk mendapatkan keputusannya.

 

7.       BAYARAN BERPERINGKAT

 

Bagi kerja yang bernilai RM 25,000.00 ke atas, satu kali bayaran berperingkat dibenarkan setelah nilai kerja-kerja yang telah disiapkan (Financial progress) melebihi 50% dari nilai SEBUT HARGA tersebut.

 

8.       KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN PERLANTIKAN KONTRAKTOR.

 

PEGAWAI INDEN berhak membatalkan Inden kerja sekiranya KONTRAKTOR berada dalam keadaan-keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada PEGAWAI INDEN.

 

a.       Sekiranya KONTRAKTOR masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

 

          b.       Kemajuan kerja terlalu lembab tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

 

c.       Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

 

d.       Tidak mematuhi arahan PEGAWAI INDEN atau Wakilnya tanpa apa-apa alasan yang munasabah.

         

          e.       Apabila KONTAKTOR diisytihar muflis (bankrup) oleh pihak yang sah.

 

9.       KERJA PERUBAHAN

 

PEGAWAI INDEN boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh PEGAWAI INDEN atau yang disahkan kemudian oleh PEGAWAI INDEN boleh membatalkan SEBUT HARGA ini.    

 

Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh PEGAWAI INDEN akan diukur atau dinilai dengan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan SEBUT HARGA. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian, maka kadar harga baru yang dipersetujui oleh PEGAWAI INDEN dan KONTRAKTOR hendaklah digunakan.

 

10.     PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR.

 

KONTRAKTOR hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan kerja. KONTRAKTOR tidak berhak menuntut sebarang kos tambahann kerana pematuhannya dengan syarat-syarat tersebut.

 

11.     PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP

 

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah KONTRAKTOR menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan telah melaksanakan segala arahan dari PEGAWAI INDEN atau Wakilnya dan mengembalikan Inden Kerja (Salinan Asal)

 

Majlis Daerah Hulu Selangor

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF 221001 PERKHIDMATAN > KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN > PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis