Cetak
LPHS/SH/K/21/08

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEBOCORAN BUMBUNG SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BAWAH SKIM CERIA DI PANGSAPURI KEMUNING, TAMAN BUNGA RAYA, BANDAR BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG, SELANGOR

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Mohd Reza Bin Yusry
E-mel reza@lphs.gov.my
No. Tel
Jabatan
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor
No. Sebut Harga LPHS/SH/K/21/08
Tarikh Iklan 9 Apr 2021 - 23 Apr 2021
Tarikh Jual 15 Apr 2021 - 20 Apr 2021
Tarikh Tutup 23 Apr 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR, TINGKAT 5, PODIUM UTARA, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, 40503 SHAH ALAM, SELANGOR
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    HULU SELANGOR SAHAJA
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

  • Kontraktor Tempatan Bumiputera Daerah Hulu Selangor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di bawah Gred, Kategori dan Pengkhususan berikut:

Gred : G1

Kategori : CE (Kejuruteraan Awam)

Pengkhususan : CE21 (Kejuruteraan Awam)

  • Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Memegang Sijil Taraf Bumiputera (STB)

  • Kontraktor DIGALAKKAN untuk melawat sendiri tapak projek seperti berikut:

Pejabat JMB, Pangsapuri Kemuning,

Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung,

48300 Rawang, Selangor

  • Dokumen Sebut Harga boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor bermula 15 April 2021 hingga 20 April 2021 dengan harga RM50.00 tunai senaskah. Dokumen Sebut Harga hanya akan dikeluarkan kepada pemilik syarikat atau penama yang sah dan dinamakan dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja. Untuk maksud ini, pemilik/penama syarikat hendaklah membawa dokumen asal Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan, Salinan Pengesahan Pendaftaran dengan UPEN , Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dan Slip Asal Pengsahan Kehadiran Lawatan Tapak serta mengemukakan sesalinan sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen Sebut Harga. SILA BAWA BERSAMA COP SYARIKAT.

  • Waktu jualan Dokumen Sebut Harga adalah seperti berikut:

Khamis hingga Selasa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi 

  • Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang menyatakan tajuk kerja serta nombor sebut harga berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sebelum atau pada 12.00 tengah hari 23 April 2021 (Jumaat) kepada:

Pengarah Eksekutif

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

Tingkat 5, Podium Utara

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam

Selangor

No. Tel: 03-5544 7169

No. Faks: 03-55135568

  • Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

  • Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran Sebut Harga.

  • Sebarang pindaan kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di dalam Iklan ini adalah tertakluk kepada pindaan tarikh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak Kerajaan Malaysia.

  • Kenyataan Sebut Harga ini juga boleh dirujuk di Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor seperti berikut: http://lphs.selangor.gov.my.

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis