Cetak
PDSB(P)/UNDI/BIL. 1/2021

KERJA-KERJA UNDI FASA 1/ 2021 DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Mohd Izzat Mubarak Bin Mohamad Anuar
E-mel izzat@selangor.gov.my
No. Tel 03-32241963
Jabatan PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM
Tarikh Tajuk  
30/07/2021 *RALAT* KERJA-KERJA UNDI FASA 1/2021 DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Sabak Bernam
No. Sebut Harga PDSB(P)/UNDI/BIL. 1/2021
Tarikh Iklan 30 Jul 2021 - 13 Aug 2021
Tarikh Jual 30 Jul 2021 - 3 Aug 2021
Tarikh Tutup 4 Aug 2021
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Bilik Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam, Kompleks Pejabat Kerajaan, 45300 Sungai Besar. Penyerahan dokumen pada 4 Aug 2021 9.00 pagi hingga 3.00 petang secara pandu lalu (drive through) (Rujuk Lampiran A dan Lampiran B pada Dokumen Tander)
Tarikh & Masa Taklimat 12 Aug 2021 10:00
Alamat Taklimat Live streaming facebook page Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam : www.facebook.com/Pejabat-Daerah-dan-Tanah-Sabak-Bernam-237494792939856
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SABAK BERNAM SAHAJA
Harga Dokumen RM 0.00

Syarat Sebut Harga

GARIS PANDUAN UMUM PELAKSANAAN KERJA UNDI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SABAK BERNAM TAHUN 2021 SECARA LIVE STREAMING

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam akan melaksanakan proses kerja undi secara live streaming (Facebook Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam) bagi mengelakkan perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan PErgerakan (PKP)

Pendaftaran kontraktor untuk menyertai proses kerja undi ini adalah berdasarkan tatacara berikut :

  1. Kontraktor WAJIB memuat turun borang Pendaftaran Kerja Undi Online Bil. 1/2021 Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam serta resit rasmi pembelian dokumen (Percuma) melalui 'Sistem Tender Online Selangor 2.0'
  2. Borang pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar secara pandu lalu (drive through) ke Bilik Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam (rujuk Lampiran B) pada tempoh masa dan tarikh yang ditetapkan dalam iklan kerja undi online
  3. senarai kontraktor yang berjaya melepasi tapisan pendaftaran dan jenis kerja yang layak disertai mengikut bidang kerja akan dipaparkan oleh urusetia untuk paparan umum di platform Facebook, Portal dan Papan Kenyataan Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam sekurang-kurangnya 3 hari sebelum proses cabutan undi di adakan.
  4. Proses kerja undi akan dilaksanakan secara atas talian (online) melalui live streaming Facebook Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam pada tarikh cabutan yang ditetapkan (12 Ogos 2021) jam 10.00 pagi dengan disaksikan bersama oleh wakil pemerhati yang dijemput

Syarat-syarat kelayakan kontraktor untuk menyertai proses kerja undi ini adalah seperti berikut :

  • Terbuka pada kontraktor Kejuruteraan Awam kelas G1 yang berdaftar di Daerah Sabak Bernam sahaja. Sekurang-kurangnya mempunyai pecahan kepala CE21 dan CE01 (Kerja Awam dan Jalan) dan pecahan kepala CE21 dan B04 (Kerja Awam dan Bangunan).
  • HANYA PEMBORONG YANG TERTERA NAMANYA DALAM SIJIL DIBENARKAN SEMASA SESI PENDAFTARAN (SURAT WAKIL DAN SURAT KEBENARAN KHAS TIDAK AKAN DITERIMA)
  • mana-mana kontraktor Kejuruteraan Awam kelas G1 yang telah berjaya mendapat kerja sebutharga di Jabatan ini pada tahun 2021 TIDAK LAYAK untuk menyertai program kerja undi ini
  • Kontraktor hendaklah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) serta Sijil Taraf Bumiputra (STB). Sijil Pendaftaran UPEN hendaklah masih berkuatkuasa
  • Mana-mana kontraktor yang telah menghantar borang pendaftaran, adalah BERSETUJU DAN MENGAKU BAHAWA SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR. SEKIRANYA DIDAPATI MAKLUMAT YANG DIKEMUKAKAN ADALAH TIDAK BENAR, KONTRAKTOR TERSEBUT ADALAH DENGAN INI BERSETUJU SYARIKATNYA TIDAK LAYAK UNTUK DISENARAIKAN DAN TIDAK LAYAK MENDAPAT SEBARANG KERJA DALAM PROSES UNDI INI.

Tarikh dan perkara penting :

  • Tarikh mula IKLAN dan PENDAFTARAN kontraktor pada 30 JULAI 2021 (JUMAAT)
  • Tarikh PENGHANTARAN dokumen secara pandu lalu (drive through) di Bilik Bunga Raya, Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam (rujuk Lampiran B) pada 04 OGOS 2021 (RABU) Jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang
  • Paparan senarai akhir Kontraktor Layak Memasuki Proses Undi di Facebook, Papan Kenyataan dan Portal Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam pada 09 OGOS 2021 (ISNIN)
  • Proses undi berlangsung secara Live Streaming (Facebook Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam) pada 12 OGOS 2021 (KHAMIS) Jam 10.00 pagi
  • Paparan Notos Keputusan KErja Undi di Facebook, Papan Kenyataan dan Portal Pejabat Daerah Dan Tanah Sabak Bernam pada 13 OGOS 2021 (JUMAAT)

* Setiap Kontraktor diwajibkan memakai topeng muka serta mengikut arahan semasa selaras dengan arahan KKM

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

ATAU

CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN

ATAU

CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis