Cetak
JPS/N/SEL/S/22/2022

PROJEK TEBATAN BANJIR DI KAWASAN SG. PINANG, DI BAWAH PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI KEMBONG, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Muhammad Fairuz Bin Md. Yusuf
E-mel fairuz@waterselangor.gov.my
No. Tel 03-5544 7376
Jabatan JPS Selangor
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Jabatan Pengairan dan Saliran
No. Tender JPS/N/SEL/S/22/2022
Tarikh Iklan 8 Dec 2022 - 11 Jan 2023
Tarikh Jual 22 Dec 2022 - 11 Jan 2023
Tarikh Tutup 13 Jan 2023
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender Bahagian Ukur Bahan & Kontrak JPS Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor.
Tarikh & Masa Taklimat 20 Dec 2022 10:00
Alamat Taklimat Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Klang, Jalan Tali Air, Kawasan 1, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Harga Dokumen RM 240.00

Syarat Tender

  • Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunaan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) (CIDB) dalam Gred kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini.
  • Gred: G5
  • Kategori : CE & M (pengkhususan : CE21, CE36 & M15)
  • Kontraktor hendaklah berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPENS)

 

  • Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN kepada PENAMA di dalam Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) (CIDB)

  • Tempat Berkumpul dan Taklimat :  Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Klang, Jalan Tali Air, Kawasan 1, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
  • Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Bagi maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa :

a) SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN CIDB - ASAL

b) SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB - ASAL

c) SALINAN PENDAFTARAN UPENS

d) Surat Wakil yang ditandatangani oleh penama di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan

e) Satu (1) SALINAN bagi sijil-sijil berkenaan semasa membeli dokumen tender

Kontraktor yang berminat boleh membeli secara atas talian dan mengambil dokumen tender di :

Kaunter Bhg. Ukur Bahan & Kontrak JPS Selangor, Tkt.5,Blok Podium Selatan, Bgn. SSAAS, 40626 Shah Alam, Selangor.

Mulai : 22hb Disember 2022 hingga 11hb Januari 2023

Masa : 9.00 pagi hingga 3.30 petang sahaja  (Waktu rehat : 1.00 Tengahari hingga 2.00 Petang)

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan pada waktu 9.00pagi hingga 3.30 petang sahaja. Salinan resit pembelian hendaklah dilampirkan semasa pengambilan dokumen tender. Sila patuhi SOP yang telah ditetapkan semasa proses pengambilan dokumen tender.

  • Bayaran dokumen tender sebanyak RM240.00 hendaklah dibuat secara dalam talian melalui Sistem Tender Online Selangor sahaja. Bayaran tunai tidak akan diterima. 
  • Setelah pembayaran dibuat melalui dalam talian, dokumen tender boleh diambil di kaunter penjualan tender dengan membawa salinan dokumen seperti yang telah dinyatakan serta membawa bersama salinan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran. 
  • Jabatan berhak untuk menolak sebarang tawaran petender yang dikemukakan sekiranya terdapat keraguan maklumat yang disertakan atau tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Dokumen yang telah lengkap seperti yang dinyatakan, hendaklah dihantar ke Peti Tender, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Tingkat 5, Blok Podium Selatan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40626 Shah Alam, Selangor tidak lewat daripada JAM 12.00 TENGAHARI pada tarikh tutup yang telah dinyatakan.

-Petender boleh menyemak Jadual Tender yang akan dipaparkan di dalam laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor selewat-lewatnya Tujuh (7) Hari dari tarikh tutup tender.

-Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas tempoh 150 hari dari tutup tawaran, maka tawaran adalah dianggap Tidak Berjaya.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 Bilik Mesyuarat Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Klang, Jalan Tali Air, Kawasan 1, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Lokasi Tapak Projek 20 Dec 2022 10:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G5) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM 5,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

DAN

CE36 KERJA TANAH

DAN

M15 KELENGKAPAN MEKANIKAL PELBAGAI

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis