PEROLEHAN KERJA SECARA UNDI BIL.3/2023 JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
| Pegawai Bertanggungjawab | |
|---|---|
| Nama | Unit Perolehan JAIS |
| E-mel | upero@jais.gov.my |
| No. Tel | 0355143453 |
| Jabatan | JAIS |
| Tarikh | Tajuk | |
|---|---|---|
| Tiada makluman / ralat | ||
Maklumat Sebut Harga
| Petender | Jabatan Agama Islam Selangor |
|---|---|
| No. Sebut Harga | JAIS.UPP.400-5/5/2 (2023-C) |
| Tarikh Iklan | 3 Nov 2023 - 7 Nov 2023 |
| Tarikh Jual | 3 Nov 2023 - 7 Nov 2023 |
| Tarikh Tutup | 7 Nov 2023 |
| Masa Tutup | 12:00 PM |
| Tempat Hantar | Rujuk Dokumen Kerja Undi |
| Kebenaran Khas | |
| Syarikat Bumiputera Sahaja | |
| Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
1. PENDAHULUAN
1.1 Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Selangor akan melaksanakan proses perolehan kerja secara undi bagi kerja-kerja seperti di Lampiran A.
1.2 Semua Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang beralamat seperti di senarai kerja (Lampiran A) adalah dijemput untuk menyertai undian bagi perolehan kerja-kerja kecil secara undian ini.
1.3 Pendaftaran kontraktor yang berminat untuk menyertai proses kerja undi ini akan dilaksanakan secara dalam talian menerusi pautan seperti di Lampiran B.
1.4 Pihak kontraktor WAJIB mengisi borang pendaftaran kerja-kerja undi ini dengan lengkap dan memuatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan dalam bentuk PDF sahaja.
1.5 Pendaftaran secara dalam talian sahaja akan diterima dan pihak urus setia Jabatan akan mengeluarkan senarai kontraktor yang berjaya tapisan pendaftaran untuk dipaparkan kepada umum sebelum proses cabutan undi dilaksanakan.
1.6 Hanya kontraktor yang mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan sahaja yang layak untuk menyertai cabutan undi ini. Kontraktor yang gagal untuk mendaftar pada tempoh waktu yang ditetapkan atau gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan akan ditolak.
1.7 Pihak kontraktor tidak perlu hadir ke pejabat untuk membuat pendaftaran atau mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
1.8 Sesi undian akan dilaksanakan pada 10 November 2023 (Jumaat) secara langsung di laman web rasmi Facebook Jabatan Agama Islam Selangor. Kontraktor TIDAK PERLU HADIR ke Jabatan Agama Islam Selangor untuk sesi cabutan undi.
2. SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
2.1 Kontraktor yang berminat perlu mengisi borang pendaftaran secara online menerusi Google Form yang telah dimuatnaik di laman sistem Tender Selangor, laman web rasmi JAIS dan Facebook rasmi JAIS bermula 06 November 2023.
2.2 Adalah dimaklumkan bahawa kerja yang ditawarkan adalah bernilai sehingga RM200,000.00 berdasarkan perincian seperti di senarai kerja (Lampiran A). Tawaran kerja ini adalah terbuka kepada syarikat bumiputera kelas G1 sahaja.
2.3 Semua kontraktor yang berminat dikehendaki untuk memuat naik dokumen-dokumen berikut di dalam Google Form Borang Pendaftaran Undi Online JAIS Tahun 2023. Kesemua sijil yang dimuatnaik haruslah dirangkumkan ke dalam satu (1) dokumen dalam format PDF sahaja. Kegagalan memuatnaik semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap akan menyebabkan permohonan DITOLAK. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan (Pemilik Syarikat);
b. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) (CIDB) yang masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga (3) bulan;
c. Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) (CIDB) yang masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga (3) bulan;
d. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga (3) bulan;
e. Salinan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) (Jika Berkaitan) yang masih dalam tempoh sah laku sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga (3) bulan;
f. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) yang masih dalam tempoh sah laku; dan
g. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Selangor.
Nota:
- Tempoh sah laku sijil adalah minimum tiga (3) bulan daripada tarikh iklan perolehan ini iaitu sehingga 03 Februari 2024.
- Tawaran kerja ini adalah khusus bagi kod bidang G1-B24 sahaja. Hanya kontraktor yang mempunyai kod bidang tersebut sahaja yang layak untuk turut serta mengikut senarai kerja yang ditawarkan.
- Hanya penama di dalam PPK, SPKK, atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar secara dalam talian dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil melalui pengisytiharan atau pengesahan pemohon.
2.4 Syarikat / kontraktor yang layak akan diberikan nombor mewakili syarikat masing-masing mengikut turutan pendaftaran di peringkat pengundian. Nombor berkenaan akan dicatatkan dalam suatu daftar yang disediakan dan akan dipaparkan di dalam laman web rasmi JAIS sebelum hari pengundian.
2.5 Proses undian akan dibuat secara dalam talian pada 10 November 2023 (Jumaat) pada jam 3.00 petang dan akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Selangor. Hanya kontraktor yang layak sahaja akan turut serta dalam sesi undian ini. Keputusan undian adalah muktamad dan sebarang rayuan adalah tidak dibenarkan.
2.6 Untuk sebarang pertanyaan atau permasalahan sila hubungi Seksyen Perolehan, JAIS di talian pejabat 03-5514 3453 @ 03-5514 3545
Kod-Kod Bidang
| Gred CIDB |
|
|---|---|
| Bidang Pengkhususan CIDB | B24 KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN |
Dokumen Meja Terkawal
| Nama | Saiz | Jenis |
|---|
