Cetak
SH/MPSepang/KEJ/48/2024

CADANGAN LANTIKAN PERKHIDMATAN PANEL PERUNDING BAGI PERKHIDMATAN PROFESSIONAL MEREKABENTUK CADANGAN TERPERINCI KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BAGI TAHUN 2024

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Aziemah Nadhrah Binti Abdul Razak
E-mel aziemah@mpsepang.gov.my
No. Tel 03-83190200
Jabatan UNIT TENDER & KONTRAK, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
Tarikh Tajuk  
02/04/2024 RALAT : LANJUTAN TARIKH TUTUP BAGI SEBUT HARGA SH/MPSepang/KEJ/48/2024 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Majlis Perbandaran Sepang
No. Sebut Harga SH/MPSepang/KEJ/48/2024
Tarikh Iklan 18 Mar 2024 - 16 Apr 2024
Tarikh Jual 25 Mar 2024 - 16 Apr 2024
Tarikh Tutup 16 Apr 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti Tender Majlis Perbandaran Sepang di Ruang Lobi, Aras 2
Tarikh & Masa Taklimat 25 Mar 2024 10:00
Alamat Taklimat Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELANGOR, PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR SAHAJA
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Sebut Harga

 

  1. Tawaran sebut harga ini adalah dipelawa kepada Perunding - Perunding yang berdaftar dengan:

 

a)     Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang, sub bidang dan pecahan Bidang 330101 (Perkhidmatan Perunding Fizikal / Kejuruteraan / Kejuruteraan Awam) DAN 330102 (Perkhidmatan Perunding Fizikal / Kejuruteraan / Kejuruteraan Struktur) DAN

 

b) Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)  

 

  1. Perunding - Perunding (HANYA PENAMA DI DALAM LESEN DENGAN MEMBAWA SIJIL ASAL) adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pengawai Penguasa atau wakilnya. Hanya perunding yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Perunding dikehendaki melaporkan diri ditempat, tarikh dan masa seperti berikut:-

 

Tarikh                          : 25 Hb Mac 2024 (Isnin)

Masa Pendaftaran         : 10.00 – 10.30 Pagi

Masa Taklimat              : 10.30 Pagi

Tempat berkumpul       : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

Nota                             : Kegagalan perunding hadir pada waktu pendaftaran yang

  ditetapkan boleh menyebabkan perunding tidak boleh hadir

  taklimat seterusnya tidak boleh membeli dokumen sebut harga

 

  1. Dokumen sebut harga dan lukisan boleh dibeli secara atas talian (online) melalui laman web http://tender.selangor.gov.my. dengan harga RM 100.00 atau boleh dibeli di Unit Tender dan Kontrak Majlis Perbandaran Sepang dengan bayaran RM 130.00 secara tunai dengan syarat :
  1. Menyertakan dokumen asal seperti di para 1 semasa pembelian dokumen untuk pengesahan urusetia.
  2. Perunding perlu membawa sijil asal dan surat wakil (sekiranya bukan penama di dalam lesen) semasa pembelian dokumen sebut harga.

 

  1. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertutup dan bermetri, bertulis nombor sebut harga, tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup dan dimasukkan ke dalam Peti Tender Majlis Perbandaran Sepang di Ruang Lobi, Aras 2. Tempoh sah sebut harga yang dihantar kemudian daripada ini adalah sah selama 90 hari daripada tarikh iklan sebut harga ini. Segala pertanyaan dan kemusykilan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Kejuruteraan (03-83190200 ext 380 / 860 / 861), Majlis Perbandaran Sepang, Persiaran Semarak Api, 63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

 

  1. Perunding-perunding yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3 bulan) dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap tawaran tidak berjaya. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau sebarang sebut harga atau memberi apa-apa sebab sebut harga itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan sebut harga ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
330101 PERKHIDMATAN PERUNDING FIZIKAL > KEJURUTERAAN > KEJURUTERAAN AWAM

DAN

330102 PERKHIDMATAN PERUNDING FIZIKAL > KEJURUTERAAN > KEJURUTERAAN STRUKTUR

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis