Cetak
JKR/SEL/(P)/017(T)/2024

(WAJIB MEMPUNYAI SIJIL KONTRAKTOR PENYIAP) MENYIAPKAN BAKI KERJA BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AU3, AMPANG, SELANGOR - TENDER SEMULA

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama Fauziah Binti Mohamad Yusof
E-mel fauziahmy@jkr.gov.my
No. Tel 0355459800 ext 3135
Jabatan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Tender

Petender Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
No. Tender JKR/SEL/(P)/017(T)/2024
Tarikh Iklan 24 Jul 2024 - 4 Sep 2024
Tarikh Jual 7 Aug 2024 - 14 Aug 2024
Tarikh Tutup 4 Sep 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Penghantaran dokumen adalah melalui atas talian di Sistem JKR E-Tender (JET). Sila layari https://tender.jkr.gov.my untuk maklumat lanjut
Tarikh & Masa Taklimat 31 Jul 2024 10:00
Alamat Taklimat SILA BERKUMPUL DI BALAI BOMBA PANDAN INDAH, JALAN PANDAN UTAMA, PANDAN INDAH, 55100 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA 31/07/2024 PUKUL 10.00 PAGI

Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
Kebenaran Khas
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 100.00

Syarat Tender

1. Lawatan tapak dan sesi taklimat tender adalah DIWAJIBKANSila mohon untuk hadir ke taklimat tapak di dalam sistem sebelum hadir ke taklimat.

Hanya PENAMA yang tercatat di dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan sesi taklimat berkenaan. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK / SPKK / PUKONSA / UPKJ.

2. Kebenaran Khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ adalah TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Pn. Fariza Shuhaila binti Abd Latif (Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan) 0355459800 (1219) atau

En. Izzat 03-26165312

 

SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem JET:

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my . Pendaftaran akaun pengguna kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.

 

TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke lawatan tapak dan taklimat tender melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh lawatan tapak yang ditetapkan.

b) Permohonan kontraktor untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri lawatan tapak dan taklimat tender yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara dalam talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran lawatan tapak dan taklimat tender akan menyebabkan kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tender dijalankan.

f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.

 

PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format *pdf):

i. Bukti pembayaran / resit bayaran ;dan

ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK);dan

iii. Sijil Taraf Bumiputera dari Pusat Khidmat Kontraktor (sekiranya berkaitan);dan

iv. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), CIDB atau Sijil PUKONSA atau Sijil UPKJ

b) Dokumen tender hanya akan dijual kepada kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya kontraktor gagal memenuhi syarat-syaratyang telah ditetapkan.

 

PERINGATAN

Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan emel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.

Lawatan Tapak

Bil. Tempat Berkumpul Alamat Lawatan Tapak Tarikh & Waktu Wajib Hadir
1 SILA HADIR KE TAKLIMAT TAPAK DAHULU DI BALAI BOMBA PANDAN INDAH, JALAN PANDAN UTAMA, PANDAN INDAH, 55100 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PUKUL 10.00 PAGI TAPAK CADANGAN BALAI BOMBA HULU KELANG, TAMAN BUKIT JOBINA, 68000 AMPANG JAYA, SELANGOR 23 Jul 2024 11:00

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G6) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM 10,000,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB B04 KERJA AM BANGUNAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis