Cetak
SH/SUKSEL/31-2024

SEBUT HARGA PEMBEKALAN SISTEM PEMANTAUAN RANGKAIAN BAGI KEGUNAAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, SEMBILAN (9) PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT), PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR (PLAS) DAN PUSAT LATIHAN PENGUATKUASA SELANGOR (PULAPES)

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama Mohd Syakir Bin Mohd Ishak Nama Ts. Nurul Azilah Binti Jalil
E-mel syakir@selangor.gov.my E-mel nurulazilah@selangor.gov.my
No. Tel 03-55447562 No. Tel 03-55447910
Jabatan BPM SUK Selangor Jabatan BPM SUK Selangor
Tarikh Tajuk  
15/08/2024 PERTUKARAN NAMA BAGI BORANG 24 DAN 49 Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Bahagian Pengurusan Maklumat
No. Sebut Harga SH/SUKSEL/31-2024
Tarikh Iklan 15 Aug 2024 - 22 Aug 2024
Tarikh Jual 15 Aug 2024 - 22 Aug 2024
Tarikh Tutup 22 Aug 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
URUS SETIA PEROLEHAN,
UNIT PENTADBIRAN, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 18, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40503 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Negeri    SELURUH MALAYSIA
Harga Dokumen RM 30.00

Syarat Sebut Harga

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

  1. PENGHANTARAN DOKUMEN

 

Penyebut harga WAJIB menyerahkan:

  1. Satu (1) set dokumen asal yang dimasukkan dalam sampul berlainan seperti di Senarai Semak Sebut Harga, kedua-dua sampul berlainan tersebut dimasukkan dalam satu (1) sampul surat berikat kemas. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul ditulis dengan nombor sebut harga SH/SUKSEL/30-2023. Dokumen perlu disusun mengikut senarai semak sebut harga dan dibahagikan satu perkara dengan satu perkara dengan kertas berwarna (separator).

 

  1. Satu (1) flash drive mengandungi softcopy dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap.

 

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan sebut harga DITOLAK.

 

  1. HAK-HAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan terikat untuk menerima sebarang sebut harga yang terendah dan tidak terikat untuk memberi sebarang sebab atas penolakan tersebut. Kerajaan Negeri Selangor juga mempunyai hak untuk menerima semua tawaran seperti yang terdapat dalam keseluruhan jadual, kombinasi kepada jadual atau beberapa item-item mengikut budi bicaranya sendiri dan juga akan memesan kuantiti yang lebih besar atau lebih kecil jika diperlukan, kecuali harta tertentu yang telah dinyatakan/ditentukan oleh penyebut harga.

 

  1. BIDANG KERJA YANG DITETAPKAN

 

Penyebut harga dikehendaki membekal, memasang, menguji dan menaiktaraf rangkaian dalaman di Dewan Undangan Negeri Selangor, Bilik Gerakan Bangunan Annex dan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

  1. PEMBAYARAN

 

Pembayaran akan dibuat setelah pembekalan dan pemasangan disempurnakan.

 

6.         LAIN-LAIN

 

Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tidak akan tertakluk kepada kandungan sebut harga yang disediakan dan boleh meminda pada bila-bila masa sepanjang tempoh sah sebut harga mana-mana klausa di dalam dokumen sebut harga.

 

 

 

SYARAT-SYARAT KHAS/TEKNIKAL

  1. TUJUAN

 

Sebut harga ini bertujuan untuk mempelawa penyebut harga yang berkelayakan untuk perolehan sistem pemantauan rangkaian bagi kegunaan Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) dan Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES).

 

 

  1. HARGA TAWARAN

 

Harga yang ditawarkan mestilah:

 

  1. dalam Ringgit Malaysia (RM);

 

  1. harga bersih meliputi kos alat ganti, caj perkhidmatan, kos pengangkutan, kos unit pinjaman (loaner), kos unit standby (jika perlu), SST, diskaun dan lain-lain kos tambahan yang berkaitan kecuali kos bagi item pakai habis.

 

 

  1. LATAR BELAKANG

 

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab mengawal selia operasi dan penyelenggaraan bagi infrastruktur rangkaian di semua jabatan dan agensi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, sembilan (9) Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor, Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) dan Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES). Infrastruktur ini penting untuk menyokong perkhidmatan capaian rangkaian seperti internet, e-mel, dan sistem aplikasi e-kerajaan kepada semua jabatan/agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

 

Bagi menyokong semua perkhidmatan tersebut, pentadbiran ini menggunakan Sistem Pemantauan Rangkaian bagi memantau secara atas talian segala peralatan dan medium rangkaian termasuk perkhidmatan WiFi agar ianya sentiasa berada di tahap prestasi yang optimum.

 

 

  1. SKOP KERJA

 

Kerja-kerja yang terlibat di dalam SEBUT HARGA PEMBEKALAN SISTEM PEMANTAUAN RANGKAIAN BAGI KEGUNAAN BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, SEMBILAN (9) PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT), PUSAT LATIHAN AWAM SELANGOR (PLAS) DAN PUSAT LATIHAN PENGUATKUASA SELANGOR (PULAPES) perlu dilaksanakan di Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

 

  1. KEPERLUAN PROJEK

 

Penyebut harga dikehendaki menyediakan perkara berikut:

 

    1. Jadual dan pelan pelaksanaan yang terperinci dan lengkap bagi tujuan keseluruhan projek dalam bentuk Carta Gantt (LAMPIRAN A).

 

    1. Surat sokongan daripada pihak Distributor/Principal berkenaan khidmat sokongan perkakasan dan perisian yang ditawarkan (LAMPIRAN B).

 

    1. Cadangan berkenaan perkhidmatan sokongan ditawarkan seperti servis meja bantuan, problem escalation process dan lain-lain. (LAMPIRAN C)

 

    1. Maklumat mengenai Pengurus Projek dan senarai pasukan kerja teknikal yang terlibat bersama Resume, Sijil Certified Engineer, sijil atau pengalaman  berkaitan untuk melaksanakan projek ini. Semua ahli pasukan projek perlu mempunyai pengalaman berkaitan pengendalian Sistem Pemantauan dan Prestasi Rangkaian dan perkara yang berkaitan dengannya (LAMPIRAN D).

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
210101 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) - SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SC

DAN


210102 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (HIGH END TECHNOLOGY) - ALL TYPES OF SERVER, MAINFRAME, HIGH END PRINTERS, SAN, NAS INCLUDING MAINTENANCE

DAN


210103 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > SOFTWARE - SUPPLY ALL COMPUTER SOFTWARE, OPERATING SYSTEM, DATABASE, OFF-THE-SHELF PACKAGES INCLUDING MAINTENANCE

DAN


210104 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > SOFTWARE/SYSTEM DEVELOPMENT/CUSTOMIZATION AND MAINTENANCE INCLUDING DATA ENTRY, DATA PROCESSING

DAN

210105 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > TELECOMMUNICATION/NETWORKING-SUPPLY PRODUCT, INFRASTRUCTURE, SERVICES INCLUDING MAINTENANCE (LAN/WAN/INTERNET/WIRE

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis