PELUPUSAN KENDERAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL.1/2024 BAGI KENDERAAN NISSAN X-TRAIL 2.0 (A) BERNOMBOR PENDAFTARAN – BLK 9955
Pegawai Bertanggungjawab | |
---|---|
Nama | Ahmad Azri Bin Abdul Hamid |
E-mel | ahmad.azri@mbsj.gov.my |
No. Tel | 03-80264382 |
Jabatan | KONTRAK DAN UKUR BAHAN |
Tarikh | Tajuk | |
---|---|---|
Tiada makluman / ralat |
Maklumat Sebut Harga
Petender | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
---|---|
No. Sebut Harga | MBSJ.KUB.400-5/6/474 |
Tarikh Iklan | 29 Aug 2024 - 12 Sep 2024 |
Tarikh Jual | 29 Aug 2024 - 12 Sep 2024 |
Tarikh Tutup | 12 Sep 2024 |
Masa Tutup | 12:00 PM |
Tempat Hantar | Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan, Aras 3, Majlis Bandaraya Subang Jaya (Sebelum jam 12:00 tengah hari) |
Kebenaran Khas | |
Syarikat Negeri | SELURUH MALAYSIA |
Harga Dokumen | RM 0.00 |
Syarat Sebut Harga
Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset kenderaan seperti berikut :
Aset kenderaan boleh dilihat pada 29 Ogos 2024 (Khamis) hingga 12 September 2024 (Khamis) di antara jam 10.00 pagi hingga 04.00 petang di Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.
Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 28) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:-
- Bengkel Kejuruteraan MPSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor
- Laman Web Majlis Bandaraya Subang Jaya di www.mbsj.gov.my dengan merujuk di bahagian Pengumuman Terkini, Perniagaan/ Perolehan / Tender / Sebut harga.
- Laman Web e-tender Selangor di https://tender.selangor.my
d. OCPS MPSJ (untuk kakitangan sahaja)
Dokumen Tawaran Sebut Harga dengan maklumat yang lengkap termasuk lampiran-lanpiran yang berkaitan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap satu kenderaan menggunakan sampul surat dan ditanda No.Sebut Harga (Seperti dinyatakan di iklan tawaran) serta dialamatkan kepada :-
JABATAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN
Aras 3,
Majlis Bandaraya Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5,
47610 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.
Sampul surat Dokumen Tawaran Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang bertempat di Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3, Bangunan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh tutup Tawaran Sebut Harga adalah pada 12 September 2024 (Khamis) jam 12.00 tengahari.
Hanya Dokumen Tawaran Sebut Harga yang lengkap dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sahaja yang akan dipertimbangkan dan Sebut Harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawap terhadap penghantaran Dokumen Tawaran Sebut Harga yang tidak dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga
Tawaran Sebut harga ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada Syarat Dan Peraturan Sebut Harga Pelupusan Kenderaan MBSJ seperti di Lampiran dan penyebut harga adalah dinasihatkan agar membaca dengan teliti, memahami dan mematuhi semua Syarat Dan Peraturan Sebut Harga seperti yang telah ditetapkan tersebut. Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsiran oleh pihak penyebut harga.
SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ
- Semua aset kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga harga kenaan cukai kastam oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (bagi aset kenderaan No. Pendaftaran BJH 408, BLK 9955, BMC 7557 sahaja) yang perlu dibayar oleh petender sebelum proses pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk draf bank sahaja atas nama MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA yang perlu disertakan bersama-sama dokumen tawaran sebut harga dan juga dokumen lampiran yang berkaitan. (bayaran secara Tunai/Wang Pos/Cek dan lain-lain adalah tidak diterima)
- Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
- Dokumen tawaran sebut harga bagi setiap kenderaan wajib disertakan Borang Tuntutan Cagaran dan Borang Pendaftaran Maklumat Syarikat / Individu yang telah lengkap diisi dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan, penyata bank dan salinan sijil SSM (syarikat sahaja).
- Semua aset kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) dan pihak MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual tersebut.
- Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut keluar dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Sekiranya penyebut harga tidak mendapat sebarang jawapan atau maklumbalas daripada MBSJ dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, maka tawaran penyebut harga dianggap tidak berjaya dan pemulangan wang cagaran deposit akan dibuat kepada penyebut harga dalam tempoh yang sama.
- Hanya penyebut harga yang berjaya sahaja yang akan dihubungi dan dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan / surat tawaran penjualan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran penjualan akan terbatal dan deposit sebut harga juga tidak akan dikembalikan.
- Penyebut harga yang berjaya hendaklah mengambil / membawa keluar aset kenderaan tersebut dari premis MBSJ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dibuat dan seterusnya menguruskan urusan PUSPAKOM (sekiranya berkaitan) bagi keperluan urusan selanjutnya (pertukaran hakmilik).
- Urusan pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh MBSJ adalah tertakluk kepada penyelesaian urusan PUSPAKOM oleh penyebut harga (sekiranya berkaitan). Penyebut harga akan dimaklumkan untuk membuat urusan ‘thumbprint’ pemunya baru di JPJ (slip pengesahan tukar hakmilik JPJ akan diberikan) setelah urusan ‘thumbprint’ pemunya lama (MBSJ) selesai di JPJ.
Dokumen Meja Terkawal
Nama | Saiz | Jenis |
---|