Cetak
LPHS/SH/BP/24/05

SEBUTHARGA CADANGAN PENGGANTIAN KOMPUTER PEJABAT, KOMPUTER RIBA, MESIN PENGIMBAS DOKUMEN, PEMBELIAN TAMBAHAN MESIN PENCETAK, PEMBELIAN SMART TV DI BILIK MESYUARAT DAN PEMBELIAN EXTERNAL SOLID STATE DRIVE (SSD) DI PEJABAT LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab 1 Pegawai Bertanggungjawab 2
Nama Suhaidi bin Mohd. Aris Nama Mohd Faizal bin Abd Kadir
E-mel suhaidi@lphs.gov.my E-mel faizal.kadir@lphs.gov.my
No. Tel 016-3301330 No. Tel 016-2290449
Jabatan LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR Jabatan LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR
Tarikh Tajuk  
20/12/2024 ADDENDUM LPHS Selanjutnya

Maklumat Sebut Harga

Petender Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Selangor
No. Sebut Harga LPHS/SH/BP/24/05
Tarikh Iklan 13 Dec 2024 - 23 Dec 2024
Tarikh Jual 13 Dec 2024 - 22 Dec 2024
Tarikh Tutup 23 Dec 2024
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    SELURUH SELANGOR
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM/MOF), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kerajaan Negeri Selangor di dalam Kod Bidang yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja berikut:-

SEBUTHARGA CADANGAN PENGGANTIAN KOMPUTER PEJABAT, KOMPUTER RIBA, MESIN PENGIMBAS DOKUMEN, PEMBELIAN TAMBAHAN MESIN PENCETAK, PEMBELIAN SMART TV DI BILIK MESYUARAT DAN PEMBELIAN EXTERNAL SOLID STATE DRIVE (SSD) DI PEJABAT LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Berdaftar dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

&

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM/MOF)

Dengan Kod Bidang :

210101 - Hardware (Low End Technology)

210103 - Sotfware

Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

 

Dokumen Meja Sebutharga boleh disemak bermula pada 13 Disember 2024 (Jumaat) pada waktu pejabat di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) - Bahagian Khidmat Pengurusan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 016 - 330 1330  (Unit Perolehan Dan Aset).

Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual melalui Sistem Tender Selangor di https://tender.selangor.gov.my

Dokumen Sebut Harga hanya akan dijual secara online kepada pemilik syarikat yang sah dan berdaftar di Sistem Tender Selangor sahaja. Untuk maksud ini, syarikat hendaklah mempunyai Sijil Perdaftaran Syarikat (SSM), Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) yang mempunyai kod bidang yang ditetapkan dan Berdaftar dengan UPEN Selangor serta masih aktif dan tempoh sah laku syarikat masih berkuatkuasa semasa pembelian dokumen sebut harga.

Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor sebutharga berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 23 Disember 2024 (Isnin), kepada:-

PENGARAH EKSEKUTIF

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

Tingkat 5, Podium Utara,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

No Tel: 03-5544 7645, No Faks: 03-5513 5568

Dokumen Sebut Harga yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran Sebut Harga.

Sebarang pindaan kepada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan di dalam iklan ini adalah tertakluk kepada arahan-arahan oleh pihak Kerajaan Malaysia yang sedang berkuat kuasa dari masa ke semasa.

Kenyataan Sebut Harga ini juga boleh dirujuk melalui Laman Sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu http://lphs.selangor.gov.my dan Sistem Tender Selangor https://tender.selangor.gov.my.

Kod-Kod Bidang

Kod Bidang MOF
210101 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > HARDWARE (LOW END TECHNOLOGY) - SUPPLY ALL TYPES OF COMPUTER HARDWARE INCLUDING PC, NOTEBOOK, PRINTER, DOCUMENT SC

DAN

210103 ICT > BEKALAN DAN PERKHIDMATAN BAGI SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI > PERALATAN DAN KELENGKAPAN KOMPUTER, PERKAKASAN DAN KOMPONEN > SOFTWARE - SUPPLY ALL COMPUTER SOFTWARE, OPERATING SYSTEM, DATABASE, OFF-THE-SHELF PACKAGES INCLUDING MAINTENANCE

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis