Cetak
PMK.LGT.01/2025/03/06

KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI LORONG IBRAHIM JALAN SUNGAI YU KAMPUNG KELANANG, DAERAH KUALA LANGAT

Sila daftar masuk untuk menyertai tender ini
Pegawai Bertanggungjawab
Nama NIRMALA THEVI A/P KANNAN
E-mel nirmala@selangor.gov.my
No. Tel 03-31822498
Jabatan PDT KUALA LANGAT
Tarikh Tajuk  
Tiada makluman / ralat

Maklumat Sebut Harga

Petender Pejabat Daerah Kuala Langat
No. Sebut Harga PMK.LGT.01/2025/03/06
Tarikh Iklan 17 Mar 2025 - 21 Mar 2025
Tarikh Jual 22 Mar 2025 - 27 Mar 2025
Tarikh Tutup 27 Mar 2025
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Bahagian Pembangunan, Tingkat 2, Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Kota Sri Langat, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kebenaran Khas
Syarikat Bumiputera Sahaja
Syarikat Dibawah Daerah Sahaja    KUALA LANGAT SAHAJA
Harga Dokumen RM 50.00

Syarat Sebut Harga

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA

 

  1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA / MENOLAK SEBUT HARGA

 

    1. Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebut harga yang terendah atau mana-mana Sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad.

 

  1. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

 

    1. Penyediaan sebutharga

 

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya : -

 

  1. Harga dan tandatangan Kontraktor di Ringkasan Sebut harga
  2. Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebut harga
  3. Senarai Kerja Dalam Tangan untuk 3 tahun terkini
  4. Tandatangan perakuan kepada syarat-syarat am yang dikenakan
  5. Jadual Kadar Harga (jika ada)
  6. Butir-butir Spesifikasi (jika ada)

 

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas Kontraktor hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.

 

    1. Penyerahan Dokumen Sebut Harga

 

  1. Dokumen Sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dicatatkan dengan bilangan Sebut harga  serta tajuk Sebut harga dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebut harga pada masa dan tempoh yang ditetapkan dalam Notis Sebut harga.
  2. Jika Dokumen Sebut harga tidak diserahkan dengan tangan, Penyebut harga hendaklah menghantar Dokumen tersebut dengan pos supaya tiba pada atau sebelum masa dan di tempat yang ditetapkan.
  3. Sebut harga yang diserahkan selepas masa yang ditetapkan, berbangkit dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan.

 

    1. Penjelasan Lanjut

 

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebut harga yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi Pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

 

 

 

 

 

 

  1. TEMPOH SIAP KERJA*

 

Kerja ini hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi……….minggu

 

  1. BAYARAN DOKUMEN SEBUTHARGA*

 

Dokumen Sebut Harga ini dijual dengan harga RM…………………….( Ringgit Malaysia:…………………………………………….………………sahaja.)

 

  1. PERBELANJAAN PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUT HARGA

 

Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebut harga sendiri.

 

  1. TEMPOH SAH SEBUTHARGA

 

Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Kontraktor menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tempoh ini boleh dengan persetujuan bersama dilanjutkan jika dan apabila perlu.

 

 

 

  • Hendaklah diisi oleh Pegawai Mengurus Sebut Harga

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ARAHAN TAMBAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA BERHUBUNG DENGAN RASUAH

 

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM  PEROLEHAN  KERAJAAN

 

Semua Penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu para penyebutharga diberi peringatan seperti berikut :-

 

  1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah akta pencegahan Rasuah 1997.

 

  1. Sekiranya mana-mana pihak ada pihak menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan segera ke pejabat Badan Pencegerah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah suatu kesalahan dibawah Akta Pencegah Rasuan 1997.

 

  1. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertip terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

  1. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tututan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

 

  1. PEMERIKSAAN TAPAK BINA.

 

Kontraktor disifatkan telah memeriksa dan meneliti Tapakbina dan sekitarnya, bentuk dan jenis Tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan laluan masuk ke Tapakbina dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala hal-keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan Sebutharganya. Sebarang tututan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. INSURANS

 

    1.     Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor mengambil Insurans

Liabiliti Awam dan Insurans Kerja* (sekiranya dinyatakan di dalam Butir-butir Ringkasan Sebutharga) bagi tempoh pelaksanaan Kerja ini. Kontraktor hendaklah juga mengemukakan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO.

 

    1. Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden semua Polisi Insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja. Bagaimana pun untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua Polisi Insurans selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab yang munasabah, Pegawai Inden berhak mengambil tindakan seperti di bawah Fasa 9 (d).

 

  1. PERATURAN PELAKSANAAN KERJA.

 

    1. Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

 

*3.2     Kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan disamping mematuhi kehendak diperenggan 3.1 di atas, hendaklah juga mematuhi semua peraturan dan pekeliling, undang-undang dan undang-undang kecil yang diluluskan oleh :

                       

  1. Suruhanjaya Tenaga
  2. Jabatan Keselamatan Pekerja dan Kesihatan
  3. Pemegang Lesen dan Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik
  4. Jabatan Bomba dan Penyelamat
  5. Pihak Berkuasa Tempatan

 

_________________________

* Potong jika tidak diperlukan

 

 

  1. KEGAGALAN KONTRAKTOR MEMULAKAN KERJA.

 

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas tujuh (7) hari dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden Kerja, tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor mengikut syarat-syarat pendaftaran.

 

  1. SUB – SEWA DAN MENYERAH HAK KERJA.

 

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan Kerja kepada Kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh menyerah hak apa-apa faedah di bawah Inden Kerja ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bertulis daripada Pegawai Inden.

 

  1. PENOLAKAN BAHAN, BARANG DAN MUTU HASIL KERJA OLEH

            PEGAWAI INDEN.

 

    1. Pegawai Inden dan Wakilnya berhak menolak bahan, barang dan mutu hasil kerja dari jenis piawaian yang tidak menepati seperti diperihalkan dalam Spesifikasi. Kontraktor hendaklah, apabila diminta oleh Pegawai Inden, memberi kepadanya baucar-baucar dan/atau perakuan ujian pengilang untuk membuktikan bahawa baha-bahan dan barang-barang itu mematuhi spesifikasi.  Bahan, barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung oleh Kontraktor sendiri.

 

    1. Kontraktor hendaklah dengan sepenuhnya atas perbelanjaan sendiri menyediakan sampel bahan dan barang-barang untuk ujian.

 

    1. Tiada penggantian untuk peralatan, bahan dan cara kerja yang telah ditentukan di dalam spesifikasi atau ditawarkan dan telah diterima, dibenarkan kecuali mendapat persetujuan daripada Pegawai Inden secara bertulis.

 

  1. RINGKASAN SEBUTHARGA.

 

    1. Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi asas Jumlah Harga Sebutharga.

 

    1. Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah mengambil kira semua kos termasuk kos pengangkutan, cukai, duti, bayaran dan caj-caj lain yang perlu dan berkaitan bagi penyiapan Kerja dengan sepenuhnya.

 

    1. Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan semua duti dan cukai Kerajaan samada dalam tempoh sah Sebutharga atau dalam tempoh Kerja.

 

 

 

    1. Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-apa pelarasan kemudiannya kepada harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

 

    1. Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga menurut perenggan (7.4) tersebut diatas dan apa-apa kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah dilaraskan dan diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan. Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga. Amaun jumlah harga pukal dalam Borang Sebutharga hendaklah tetap dan tidak berubah.

 

  1.  PERCANGGAHAN DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA.

 

    1. Dokumen Sebutharga adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu sama lain. Kontraktor hendaklah mengadakan segala yang perlu untuk melaksanakan kerjadengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut tujuan dan maksud sebenar. Dokumen Sebutharga pada keseluruhannya samada atau tidak tujuan dan maksud itu ada ditunjuk atau diperihalkan secara khusus, dengan syarat bahawa tujuan, maksud itu hendaklah difahamkan dengan menasabahnya dari Dokumen Sebutharga itu.

 

    1. Jika Kontraktor mendapati apa-apa percanggahan dalam Dokumen Sebutharga kontraktor hendaklah merujuk kepada Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

 

  1. KEGAGALAN KONTRAKTOR MENYIAPKAN KERJA DAN PENAMATAN             PERLANTIKAN KONTRAKTOR.

 

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Pegawaai Inden.

 

  1. Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan Kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

 

  1. Kemajuan Kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

 

  1. Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian Kerja, tanpa apa-apa sebab munasabah;

 

  1. Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa alasan yang munasabah dan;

 

  1. Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

 

 

  1. BAYARAN KEMAJUAN.

           

            Pegawai Inden dibenarkan membuat bayaran interim sehingga kerja-kerja siap dilaksanakan.

  1. KERJA PERUBAHAN.

 

    1. Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu perubahan kerja dengan secara bertulis. Tidak ada apa-apa perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan Sebutharga ini.

 

    1. Semua kerja perubahan dan / atau tambahan yang diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai Kuantiti / Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah digunakan.

 

  1. TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN (DLP)

 

    1. Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi Sebutharga hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh kerja diperakukan siap. Bagi kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dimana tempoh waranti ke atas alat-alat dan loji-loji adalah dua belas (12) bulan dan dalam kes-kes tertentu oleh kerana jenis dan kerumitan kerja, tempoh tanggungan kecacatan yang lebih lama daripada enam (6) bulan boleh dikenakan.

 

    1. Kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil kerja yang tidak menepati Sebutharga ini apabila diarahkan oleh Pegawai Inden dan dalam masa yang berpatutan. Kontraktor hendaklah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain atas kos Kontraktor sendiri.

 

    1. Sekiranya Kontraktor gagal membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain seperti yang diarahkan, Pegawai Inden berhak memotong kos membaiki dari baki wang yang akan dibayar kepada kontraktor atau, jika baki itu tidak mencukupi, mengeluarkan surat pengesyoran kepada Pusat Khidmat Kontraktor untuk menggantungkan pendaftaran Kontraktor, dan menghantar salinan-salinan surat tersebut kepada Pengarah Kerja Raya Negeri/Ketua Jabatan, Bahagian Pembangunan Bumiputera, Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi kerja-kerja elektrikal/mekanikal, salinan surat hendaklah dihantar kepada Pengarah Cawangan Kerja Elektrikal/Pengarah Cawangan Kerja Mekanikal.

 

  1. PERATURAN MEMBAYAR SELEPAS SIAP.

 

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor menyiapkan Kerjanya dengan sempurnanya dan Perakuan Siap Kerja dikeluarkan. Kontraktor hendaklah mengembalikan Borang-borang Inden Kerja Asal iaitu Borang Perjanjian Inden Kerja JKR 58 dan Borang Pengesahan Penyiapan Inden Kerja JKR 58A kepada Pegawai Inden.

 

 

 

 

  1. PERAKUAN SIAP KERJA

 

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Kerja sebaik sahaja kerja disiapkan dengan sempurna dan memuaskan. Tarikh siap kerja ini bermulanya Tempoh Tanggungan Kecacatan.

 

  1. PERAKUAN SIAP MEMPERBAIKI KECACATAN

 

Pegawai Inden hendaklah mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan sebaik sahaja kontraktor telah membaiki kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain.

 

  1. PEMATUHAN KEPADA UNDANG-UNDANG OLEH KONTRAKTOR.

 

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-undang Kecil dan                 Undang-undang Berkanun dalam Malaysia semasa perlaksanaan Kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan Syarat-syarat ini.

 

 

  1. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

 

Semua Penyebutharga adalah diingatkan supaya tidak terlibat dalam aktiviti jenayah rasuah berkaitan dengan perolehan ini. Sehubungan dengan itu para penyebutharga diberi peringatan seperti berikut :-

 

  1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah akta pencegahan Rasuah 1997.

 

  1. Sekiranya mana-mana pihak ada pihak menawarkan atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawarkan atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan segera ke pejabat Badan Pencegerah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah suatu kesalahan dibawah Akta Pencegah Rasuan 1997.

 

  1. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertip terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah dibawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

 

 

 

  1. Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tututan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

 

  1.           PEMBERSIHAN TAPAK

 

    1. Kontraktor hendaklah membersihkan segala sampah sarap dan lebihan tanah  

                apabila kerja telah siap mengikut arahan Pegawai Inden atau wakilnya.

 

18.2           Pembakaran sampah secara terbuka/longgokan sampah di tapak adalah tidak dibenarkan.

 

  1.           PENJELASAN LANJUT

          Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan  kepada Pejabat Daerah Dan 

          Tanah Kuala Langat (Bahagian Pembangunan Fizikal)

Kod-Kod Bidang

Gred CIDB
  • (G1) KEUPAYAAN TIDAK MELEBIHI RM200,000.00
Bidang Pengkhususan CIDB CE01 PEMBINAAN JALAN DAN PAVMEN

DAN

CE21 KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM

DAN

CE42 MEMBUAT ISYARAT DAN MENGECAT JALAN

Dokumen Meja Terkawal

Nama Saiz Jenis  
DOKUMEN MEJA TERKAWAL 224.25 kB application/pdf Muat Turun
JULAT 121.54 kB application/vnd.openxmlformats-officedocument.presentationml.presentation Muat Turun